Pengikut

Sabtu, 22 Ogos 2009

Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir siapa akan tersungkur?

Eksklusif: Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman Calon Yang Bawa Bala Buat BN !


Pendedahan terbaru Pakatan Rakyat berhubung dengan kebobrokan calon BN yang bakal dipilih oleh rakyat sebagai ADUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini jelas sekali cukup menggemparkan. Ternyata ia sungguh mengejutkan dan BN sudah kehilangan punca sekarang, lantaran terpaksa memilih seorang calon yang sudah rosak moral untuk diangkat sebagai Wakil Rakyat kawasan itu.

Puak-puak UMNO BN sebenarnya banyak membuang masa untuk bertempur di Permatang Pasir. Ini kerana jika "rakyat didahulukan", maka sepatutnya PM Najib Razak tidak meletakkan calon untuk bertanding kali ini iaitu sama seperti di Penanti dulu. Tambahan pula hari pengundian yang jatuh pada bulan puasa dan dikala seluruh rakyat Malaysia masih lagi dibelenggu dengan masalah virus Influenza A H1N1 yang kian parah dan cukup membimbangkan sekarang ini.

Namun, dek kerana untuk menguji suara rakyat yang telah mereka perolehi secara paksa di Manek Urai, maka Najib memberanikan diri untuk meletakkan juga calon di Permatang Pasir. Akhirnya, beliau tersalah pilih dan percaturan apabila calon BN Rohaizat Othman (foto), rupanya bakal membawa bala yang besar kepada pakatan karat biru itu.

Pemilihan yang dibuat tanpa siasatan, akhirnya bakal memakan diri. Sia-sia sahaja anggota Polis Cawangan Khas (SB) bertugas, bila tidak diberi arahan untuk menyiasat rekod peribadi Rohaizat. Kini, satu persatu "bom jangka" diletupkan oleh Pakatan Rakyat bagi membuktikan kepada para pengundi bahawa anak muda itu sememangnya tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat malah sekali pun bertanding di pilihanraya kecil itu sebenarnya.

Calon BN Terbabit Dengan Pecah Amanah

Pendedahan terbaru tentang Rohaizat mempuyai tiga kes pecah amanah jelas sekali bakal menjerat BN kali ini. Kes pertama yang di dengar mengenai salahurus kewangan sebanyak RM161,000 dan telah di beri penjelasan yang jelas oleh rakan firma beliau adalah merupakan satu dari tiga kes yang sedang dihadapi beliau.

Namun sehingga kini dua lagi kes yang sudah disebut, belum diputuskan lagi kes nya berikutan pembatalan lesen gumam beliau. Ini bermakna Rohaizat punyai rekod buruk dan tidak layak bergelar Wakil Rakyat sebenarnya. Terkini, badan peguam BAR Council menjelaskan bahawa dua kes itu adalah kes yang tidak boleh didedahkan kerana ianya soal peribadi dan amat rahsia.

Menurut pengerusi BAR George Varughese apabila merujuk kepada TPM Muhyiddin yang menyatakan bahawa tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Rohaizat, beliau menjelaskan bahawa badan guamam tersebut adalah badan bebas yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes itu dan ianya adalah berkaitan dengan badan tersebut.

Beberapa hari lepas , Yusri Isahak (foto) rakan niaga Rohaizat menyatakan bahawa calon BN itu adalah seorang penipu besar yang kononnya tidak tahu menahu langsung mengenai kesnya dengan Koperasi Pekebun Kecil Getah. Terkini, difahamkan Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil Getah telah menarik balik aduan mengenai isu penggunaan wang oleh syarikat guaman Rohaizat beberapa hari yang lalu.

Mungkin ini bagi membersihkan nama Rohaizat agaknya?. Tetapi, itu semua sudah terlambat dan membuktikan kepada rakyat bahawa memang Rohaizat telah pecah amanah dan tidak layang menjadi pemimpin sebenarnya.

Calon BN Abaikan Nafkah Isteri Keduanya


Ramai yang tertanya-tanya, benarkah calon BN ini beristeri dua? Kenapa beliau tidak mengaku dan kenapa isteri keduanya itu dibiarkan begitu sahaja?. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dari sudut pandangan Islam. Rohaizat dipercayai mempunyai seorang steri yang dikahwininya pada 2005.

Namun begitu perkahwinan tersebut hanya didaftarkan pada 2008 dan isteri beliau itu tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut sumber, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah. Anehnya, Rohizat berkali-kali menafikan ada mengahwini wanita terbabit sejak tahun 2005 yang lalu .

Lantara itu isteri beliau disembunyikan malah pergi dan datang ikut suka hati. Bertambah teruk lagi isterinya itu tidak diakui sebagai isteri yang sah. Malah isterinya itu pernah menuntut Rohaizat agar mengakuinya sebagai isteri yang sah. Di fahamkan wanita terbabit kini berada di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka Pahang.

Persoalannya sekarang, andainya inilah orang yang mahu diangkat sebagai pemimpin rakyat maka akan rosaklah rakyat itu dibuatnya. Mana mungkin individu yang mempunyai masalah peribadi seperti itu dapat memimpi rakyat dengan adil dan saksama. Adalah difahamkan Hafizah adalah ketua Kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun. Mereka berkahwinan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Jika inilah caranya, maka memang sah Rohaizat tidak wajar dipilih oleh rakyat dalam hari pembuangan undi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, pada 25 Ogos 2009 ini.

dPerbatsan:- dengan ini menyeru seluruh rakyat di Permatang Pasir agar berhati-hati dengan tindak tanduk petugas BN yang terpaksa bekerja keras untuk memastikan calon mereka menang kali ini.

Jika di Manek Urai mereka hampir melakukan bila mana isu "jambatan dimainkan". Kini di Permatang Pasir, apakah BN berjaya sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti atau menang. Nampak perkara itu agak mustahil sekarang ini.

Tambahan pula dengan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubharak ini sudah pasti ramai petugas BN tidak mampu bekerja dengan ikhlas dan jujur. Kerana selama ini mereka diberikan berbagai kemewahan termasuk makanan yang sedap-sedap.

Maka, apabila di bulan puasa tiada makanan sudah pasti mereka terpaksa makan "curi-curi" yang memang menjadi amalan puak-puak UMNO ini jika malas berpuasa. Jika ini berlaku, harapan besar untuk melihat Pakatan Rakyat menang lebih besar semakin cerah.

Tambahan pula, semangat juang petugas PAS sebenarnya semakin tinggi tatkala bulan Ramadhan ini. Maka, yakinlah Islam akan tertegak jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan