Pengikut

Ahad, 26 Julai 2009

Bertudung belum tentu menutup aurat.

Bertudung belum tentu menutup aurat.


Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Sebelum rakan2 dan sahabat membaca sepenuhnya aktikal ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika ada diantara pembaca wanita tersingung dengan penulisan saya kali ini, bukan niat untuk menunjuk pandai dalam bidang ini sekadar mengulas kembali apa yang saya dengar melalui kuliah pengajian yang di ikuti beberapa minggu ini.

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid alma jaya. Tempat kerja saya di perusahaan perai dan pada hari itu saya menaiki bas yang disediakan pihak syarikat. Bersama saya rakan-rakan sekerja yang lain.
Semasa berada di persimpanggan lampu trafik, tiba2 suasana dalam Bas agak bising dengan bunyi “uiiiii..oii...peh..mengancam...aaa” dan sebagainya, diikuti dengan kata2



Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, yang kau pi kutuk budak tue apesal? Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang tak bagus kita nak pergi masjid nak buat ibadat tapi kita dah ambil sikit saham budak tadi tue"

Anda tentu dapat menggagak apa yang telah kami lihat?
Bila saya tanya, kenapa tak tutup mata je? dengan malu2 mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat pingang budak perempuan yang menunggang motosikal tadi. Cuba bayangkan, perasaan laki2 ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, ada juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah kami?


Mungkin ada diantara rakan-rakan akan mengatakan "Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap bakal atau suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT:

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."


Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


Sewaktu ditempat kerja lama, rakan2 sering kali berkata apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kata pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah-olah meraguinya?

Sekian buat kali ini

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

-Amir DarkJustice

Tiada ulasan:

Catat Ulasan