Pengikut
Isnin, 22 Jun 2009
Perpaduan Tidak Akan Tercapai Selagi UMNO Wujud
Isu kerajaan perpaduan ini makin hari menjadi semakin hangat. Saya sebenarnya tak nak lah ulas panjang-panjang berkenaan kerajaan perpaduan ni, lagipun sahabat-sahabat yang lain telah mengulas panjang lebar berkenaan isu ni.
Saya lihat makin hari makin baik UMNO dengan PAS, bermacam-macam pujian diberikan kepada PAS. Syabas buat UMNO, satu kejutan kerana dah puas dengan maki hamun PAS kini memuji - muji pulak. Bila musuh dah berani memuji, sepatutnya kita kena lebih berhati-hati.
Boleh dikatakan pujian-pujian UMNO ini telah menenggelamkan kerja-kerja jahat mereka selama ini. Sebenarnya UMNO adalah masalah Melayu dan agama Islam yang kita semua cintai. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia. Mengundi UMNO BN adalah suatu kebodohan dan kejahilan. Sekiranya kita dapat hapuskan UMNO barulah kita boleh berbincang soal perpaduan. Selama mana UMNO ada di muka bumi Malaysia ini, selama itulah perpaduan tidak akan tercapai. UMNO adalah parasit kepada perpaduan di Malaysia ini.
Sejarah telah membuktikan UMNO adalah punca perpecahan perpaduan yang di bina oleh PAS. Setelah UMNO kuat, mereka kembali angkuh dan sombong. PAS disekat daripada terus berkembang dan memperjuangkan syiar Islam. MB Kelantan mahu dilantik oleh Kerajaan Pusat biar pun PAS memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya di Kelantan. Akhirnya PAS yang tertekan, kehilangan sokongan dan Kelantan jatuh ke tangan UMNO hasil pengisytiharan MAGERAN pada tahun 1978. Peristiwa ini tidak mudah dilupakan oleh-oleh pendokong dan penyokong PAS sehingga ke saat ini.
Setelah peristiwa MAGERAN berlalu hampir 20 tahun, kini UMNO kembali dengan isu kerajaan perpaduan. Ucapan Tuan Guru Hj. Hadi pada muktamar yang lepas dimanipulasikan secukup-cukupnya oleh media jahat UMNO . Tujuannya hanyalah satu, ingin melihat PAS berpecah belahkan dalam Pakatan Rakyat dan kemudian PAS akan keseorangan.
Kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO yang beria-ria ingin mengadakan kerajaan perpaduan adalah retorik semata-mata tidak ubah seperti orang gilakan talak. Ini kerana yang benar tidak boleh bercampur aduk denganya batil. Orang-orang baik tidak boleh duduk sebumbung dengan orang-orang jahat..
-Dj/Perbatasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan