Pengikut
Sabtu, 13 Jun 2009
Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wajarkah Perbicaraan Diteruskan Sedangkan Banyak Keraguan Terhadap Kes Itu?
Satu detik bersejarah pasti akan berlaku Julai ini, pabila mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan menghadapi "kes liwat round keduanya". Jika dulu, dalam kes pertama, ramai yang mengaitkan mantan PM Mahathir Mohamad sebagai "Master Mind".
Dalam kes terbaru ini pula, ramai pihak yang jelas mengatakan ia adalah hasil "konspirasi jahat" yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak sebenarnya. Biarpun ia dinafikan, namun segala yang "tersurat bagai sudah tersirat", ditambah lagi dengan tersebarnya gambar kelibat Si Saiful dilihat berada di pejabat Najib tatkala menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu. Malah, ramai juga yang "tertawa" tatkala mendengar jawapan Najib bahawa memang Saiful ada berjumpa dengannya dulu. Tetapi katanya, Saiful memohon sokongan untuk meminta biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya. Walhal umum sudah mengetahui yang Saiful tidaklah sebijak mana pun ketika di Uniten, malah beliau telah gagal menamatkan pengajiannya ketika itu. Maka, apakah alasannya dia tergamak berjumpa Najib untuk memohon biasiswa?.
Bukankah ini menimbulkan seribu persoalan?. Tambah aneh, bila Saiful berjumpa Najib tatkala beliau bekerja di pejabat Anwar ketika itu. Apakah alasan logik untuk seseorang yang bekerja dengan pemimpin pembangkang, boleh diterima sewenang-wenangnya mengadap seorang pemimpin kerajaan jika tidak ada "sebab musabab" yang kukuh. Malah, jika hari ini seorang pemimpin pembangkang cuba membuat "temujanji" untuk berjumpa dengan Najib sekali pun kemungkinan besar beliau akan menolaknya. Namun, kenapa Saiful mendapat layanan istimewa daripada pemimpin itu?. Bukankah ada sesuatu agenda tersembunyi sebenarnya !!
Apakah motif dan agenda yang tersembunyi sebenarnya?. Malah, tambah memilukan bilamana Saiful juga dilihat amat mesra dengan ramai lagi pemimpin UMNO yang bertaraf menteri ketika itu seperti Shahrir Samad, Mustapa Mohamad dan Azahlina Othman Said. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Seorang budak pejabat yang bekerja untuk Anwar diberi peluang dan layanan istimewa untuk bertemu dengan pemimpin UMNO. Malah, dikatakan pula memohon biasiswa. Sedangkan budak pejabat terbabit telah gagal dalam pelajarannya. Jika benar pun mahu memohon biasiswa, maka mana mungkin seorang TPM boleh memberi layanan sedemikian rupa kepada "budak pejabat Anwar" itu. Bukankah Saiful boleh pergi ke pejabat MARA lain-lain agensi terbabit jika benar beliau mahu memohon biasiswa?. Kenapa perlu berjumpa Timbalan Perdana Menteri? Dan kenapa juga perlu ke rumah Najib sebelum itu?.
Aneh, budak pejabat Anwar mesra dengan menteri dan budak pejabat Najib
Ada orang boleh terlalu mudah untuk ditipu. Tetapi ramai orang sebenarnya terlalu sukar untuk ditipu malah diperbodoh-bodohkan oleh "adengan sandiwara" ini. Lantaran itulah, Anwar terus mendapat sokongan padu dari rakyat biarpun kes ini sering dijaja ke hulu-ke hilir oleh pihak terbabit. Malah, beliau turut menang dengan majoriti yang lebih besar tatkala Piliharaya Kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu. Maka, disini jelas menunjukkan yang rakyat sudah tidak boleh dipaksa untuk menerima sesuatu yang "tidak masuk akal" dan "banyak misteri" itu. Inilah yang terjadi kepada Saiful Bukhari sebenarnya. Beliau layak digelar "mangsa liwat terpopular" kerana kes ini telah "membuat dirinya terkenal" dan inilah yang dimahukan oleh beliau sebenarnya. Kini namanya cukup terkenal seantero dunia sebagai "jantan sial" yang senantiasa menerima kutukan dan penghinaan daripada masyarakat. Lantaran itulah beliau amat takut untuk berhadapan dengan masyarakat apatah lagi menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Beliau seolah-olah berselindung disebalik tembok besi yang menanti hari untuk "dikorbankan". Bagi mereka yang menyokong UMNO dan kerajaan, mereka amat percaya dan taksub dengan kes ini. Kononnya Anwar memang "kaki liwat" dan suka "main bontot". Malah ada yang mengatakan ramai lagi mangsa-mangsa yang telah "diperlakukan" sedemikian rupa oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu selama ini.
Saiful Gagal Menghayati Skrip Dengan Baik
Perjalanan kes memang cantik dan telah dirancang dengan baik oleh mereka. Namun, skrip diatas kertas gagal digarap dengan baik oleh para pelakonnya. Inilah yang berlaku kepada Saiful Bukhari, diawal kes ini dibongkarkan dulu. Beliau membuat laporan polis selepas mengadakan pertemuan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Alasan yang diberikan kerana hanya Najib sahaja yang layak untuk memberi khidmat nasihat kepada beliau. Tambahan pula Anwar adalah pemimpin politik yang disegani. Soalnya sekarang, kenapa Saiful tidak terus mengadap Perdana Menteri Pak Lah Badawi ketika itu?. Bukankah, kuasa Pak Lah lebih besar dari kuasa Najib?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Malah, terdapat juga sumber maklumat mengatakan Saiful telah berhubung dengan pejabat Najib dan juga pihak tertentu di Kementerian Pertahanan (MINDEF) sejak bulan Februari 2008 lagi. Ini bermakna, sebulan sebelum beliau menjadi sukarelawan Keadilan dan Anwar sememangnya telah ada "connection" dengan Najib Razak. Sukar untuk Saiful menafikan perkara ini sebenarnya. Kerana ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai bukti terdapat rekod panggilan Saiful dengan pihak terbabit. Persoalan juga timbul, kenapa ketika membuat laporan polis itu Saiful dihantar ke Balai Polis Jalan Travers oleh orang yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Pemuda Keadilan iaitu Ezam Mohd Nor?. Apakah kaitan beliau pula dengan individu tersebut. Malah, ketika membuat laporan polis Saiful sendiri gagal mengingati masa kejadian dan hanya sekadar menyebut tarikh ia berlaku sahaja. Wajarkah pihak polis terus menerima laporan tersebut, sedangkan ia agak hambar dan banyak persoalan yang timbul sebenarnya. Apakah ada "tangan-tangan belakang" yang mengarahkan semua ini berlaku.
Saiful Lapor Polis Disiasat, Tapi Anwar Lapor?
Sesuatu yang aneh juga dilihat berlaku, bila pihak polis begitu pantas bertindak secara cepat, adil dan betul bila "Saiful membuat laporan polis" terhadap Anwar. Sedangkan Anwar pula membuat laporan polis melalui peguamnya bahawa Saiful telah "menfitnah" beliau, pihak polis tidak pula berlaku "profesional" untuk terus menyiasat laporan tersebut. Wajarkan laporan seorang "anak muda" yang tidak disertakan "bukti" dan hanya sekadar "percakapan mulut" tetapi pihak polis bertindak pantas seperti kilat itu. Siapakah Saiful Bukhari ini sebenarnya?. Sedangkan sebelum ini dalam kes liwat pertama dulu pihak polis juga sepantas kilat menangkap dan menyiasat Anwar selepas menerima laporan yang dibuat secara paksa oleh Sukma Dermawan. Malah, terdapat bukti yang beliau serta penulis teks ucapannya diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak polis bagi tujuan tersebut. Maka akhirnya pihak polis yang begitu ptofesional itu telah mengusung "tilam liwat" (foto) hingga memalukan rakyat Malaysia. Setelah penat mengusung tilam ke mahkamah, akhirnya kes itu dibuang dan Anwar dituduh rasuah kerana menggunakan kuasanya untuk menghalang pegawai polis melakukan siasatan kes tersebut. Walhal Anwar menghalang "polis membuang masa" menyiasat kes "konspirasi jahat" terhadap dirinya. Itu pun dijadikan kesalahan sebagai rasuah dan akhirnya Anwar dipenjara selama 6 tahun atas kesalahan itu. Sedangkan tilam yang diusung itu entah ke mana hilangnya. Itu bukti kukuh yang dibawa oleh pihak polis semasa perbicaraan kes tersebut. Kini, sekali lagi apakah tilam juga akan dijadikan bahan bukti untuk mensabitkan Anwar meliwat Saiful.
Sampel DNA, Cari Bukti Atau Buat-Buat Bukti?
Adalah menjadi hak kepada orang yang tertuduh untuk mendapatkan bukti serta dokumen berkaitan untuk membolehkan para peguamnya membuat pembelaan. Jika beginilah cara undang-undang ditangani, maka amat beruntunglah Si Saiful. Ini kerana dalam tempoh selama setahun ini sudah pasti banyak bukti-bukti yang telah "direka oleh pihak polis" bagi membolehkan Anwar "tetap ke dalam" juga akhirnya. Antaranya, Saiful dengan jelas mengatakan yang beliau mempunyai video rakaman "adengan kes tersebut". Malah, pihak polis juga sebelum ini pernah memaksa Anwar untuk memberikan sampel DNA semasa ditahan di IPK Kuala Lumpur dulu. Kerajaan juga telah cuba untuk meminda akta DNA bagi membolehkan mereka yang dituduh membenarkan DNA diambil sebagai barang bukti. Walhal, rakyat sememangnya sudah sedar dengan apa yang akan berlaku. Tujuan pengambilan sampel DNA tersebut adalah jelas, untuk mensabitkan mereka yang tidak berdosa sebagai "bersalah". Malah, mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi sebelum ini juga pernah berkata bahawa "DNA yang diambil dari tubuh badan Anwar 10 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi". Padahal, semua orang tahu bahawa DNA sebenarnya boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Di sini jelas menunjukkan betapa "dangkalnya" alasan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi itu. Akhirnya timbul cerita akta DNA mahu digubal di parlimen bagi membolehkan sampel DNA diambil kepada orang yang dituduh dalam mana-mana kes jenayah. Namun, masalahnya ialah apakah yang akan terjadi jika sampel DNA itu sebenarnya yang dijadikan sebagai bukti untuk mengaitkan orang yang tidak bersalah dan hanya suspek kes tersebut nanti. Inilah yang menimbulkan keraguan dan persoalan sebenarnya. Jenayah di Malaysia hanya diselesaikan secara profesional jika ia tidak melibatkan "politik", namun kiranya ia ada unsur-unsur politik maka undang-undang dan keadilan akan menjadi "carca merba" . Inilah yang ditakuti berlaku terhadap Anwar sebenarnya. Malah cara tangkapan Anwar juga dilihat "amat zalim" dan "tidak masuk akal", seolah-olah pihak polis telah mendapat arahan dan tekanan pihak atasan.
Tuduhan Liwat Terhadap Anwar, Berbelit-Belit
Sesuatu yang aneh juga berlaku, bila Saiful berbelit-belit dalam membuat pengakuan serta menuduh Anwar "meliwat dirinya". Pada awalnya mengaku diliwat berkali-kali, kemudian bertukar kepada suka sama suka (dengan rela) dan akhirnya dipaksa pula. Bukankah disini jelas menunjukkan bahawa Saiful tidak konsisten dalam memberikan keterangannya berhubung kes ini. Malah, pihak polis juga disyaki telah merekodkan keterangan yang jelas "memaksa" Anwar mengemukakan jadual hariannya pada 26 Jun 2009 itu. Maka dengan keterangan itulah masa kejadian dapat ditetapkan oleh pihak polis dan bukan Saiful sendiri. Inilah yang berlaku dalam kes liwat pertamanya dulu, masa kejadian juga "tunggang terbalik" sekejap tahun ini, sekejap tahun itu dan kemudian bertukar lagi tahun kejadian. Malah, lebih msiteri lagi bila buku harian Anwar yang ada pada pihak polis juga telah hilang dan "membawa diri". Seolah-olah, buku itu tahu yang tuannya akan terlepas daripada tuduhan jika ia dijadikan "bahan bukti". Maka, akhirnya merengkoklah Anwar di Penjara Sungai Buloh ketika itu. Justeru itulah, keraguan untuk kes ini timbul lagi sekarang. Apakah benar Saiful dipaksa dan kenapa jika beliau telah diliwat untuk kali yang pertama tetapi masih sanggup "menonggeng bontotnya" untuk kali kedua dan seterusnya. Bukankah Saiful itu kudratnya lebih kuat daripada orang tua seperti Anwar. Kenapakah beliau tidak melawan atau membuat laporan polis pada awal kejadian dan bukannya menunggu disaat-saat akhir baru ingin bertindak. Jika ia berlaku secara "suka sama suka" pula, kenapa hanya Anwar yang dikenakan tuduhan dan tidak Saiful sekali?.
Laporan Pusrawi Buktikan Si Saiful Berdusta !!
Biarpun laporan perubatan Hospital Pusawi (foto), yang dibuat oleh Dr.Muhamad Osman yang berasal dari Myanmar itu dianggap sebagai tidak benar dan tersalah oleh pihak berkenaan. Namun, wajarkah ia dipertikaikan diluar mahkamah?. Sedangkan perkara itu dibongkarkan oleh doktor yang merawat Saiful sebelum beliau membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat. Kenapa Saiful gagal mengikut arahan doktor terbabit, jika pun beliau mahu mengaku dirinya "memang diliwat" oleh Anwar. Amatlah tidak masuk akal bila seorang pesakit masih mahu menghebohkan seantero dunia bahawa dirinya sakit, sedangkan doktor telah mengesahkan beliau tidak sakit. Ini bermakna memang ada motif-motif tertentu kenapa Saiful berbuat demikian. Biarpun pihak pengurusan Hospital Pusrawi juga mempertikaikan kesahihan laporan tersebut, namun segalanya telah tersebar luas dalam media dan internet. Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan memang boleh mendesak pengurusan hospital terbabit memesongkan fakta, kerana mereka tahu jika ia diterima sudah pastilah pihak polis akan dipersalahkan kerana cuba membuat tindakan drastik terhadap Anwar sedangkan beliau belum pasti bersalah. Malah, ia juga membuktikan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Saiful kononnya dia diliwat adalah "pembohongan" dan "pendustaan" semata-mata. Soalnya sekarang, kenapa pihak polis tidak pula membuat siasatan terhadap laporan perubatan tersebut, malah cuba pula menekan doktor yang berkenaan sehingga beliau terpaksa bercuti dan akhirnya dipinggirkan daripada Hospital Pusrawi. Besar kemungkinan juga pihak pengurusan Pusrawi juga telah ditekan untuk menafikan laporan tersebut.
Jika tidak, lesen operasi mereka akan ditarik balik oleh kerajaan. Inilah yang menyebabkan pihak Pusrawi juga menafikan profesinalisme doktor terbabit dan hanya mengatakan dia adalah pegawai perubatan biasa sahaja. Malah, mereka turut menyatakan bahawa doktor terbabit bukanlah doktor pakar "liwat". Soalnya juga, apakah ada jawatan khas di mana-mana hospital "Pakar Liwat"?. Apa yang kita tahu selama ini ialah "Pakar Sakit Tuan" dan "Pakar Sakit Puan". Masalahnya juga, ketika Saiful diperiksa beliau tidak mengatakan dirinya diliwat. Maka itulah beliau diperiksa. Cuma beliau mengatakan yang terdapat benda keras masuk ke dalam lubang duburnya. Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat oleh Anwar.
Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob (foto) telah berkata ketika itu bahawa Dr. Mohamed Osman merupakan hanya seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan. “Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau. Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya kes itu".
Sedangkan dalam akuan bersumpahnya, Dr.Mohamed menyatakan :-
Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman (foto), rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita. Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman. "Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu. Beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977. Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun 2008.
Daripada dua keterangan ini, jelas membuktikan kepada kita memang terdapat unsur-unsur tekanan sehingga menyebabkan Hospital Pusrawi terpaksa "menghina" kakitangan mereka sendiri dan sanggup bersetuju dengan kenyataan Saiful Bukhari yang beliau telah diliwat biarpun telah disahkan oleh doktor terbabit. Bagi mereka yang tidak mempunyai hati dan minda yang baik, mungkin akan terpengaruh dengan kenyataan ini. Namun, bagi rakyat yang bijak mereka tahu yang pihak pengurusan Pusrawi telah ditekan agar menarik balik kandungan laporan perubatan itu, jika tidak mahu lesen premis itu ditarik balik oleh pihak kerajaan. Mana mungkin sebuah hospital yang telah beroperasi sejak sekian lama, mahu menggadaikan masa depan mereka hanya kerana mempertahankan profesionalisme kakitangan mereka. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa tunduk dengan kemahuan dan kehendak kerajaan.
Fakta Liwat Yang Telah Memusnahkan Skrip
Berikut adalah dua fakta yang telah memerangkap Saiful dalam kes ini. Beliau telah gagal memahami kaedah sebenarnya untuk tujuan tersebut. Niatnya ikhlas dan jujur tetapi beliau berada dipihak yang sebaliknya. Maka akhirnya kejujuran itu jelas telah memerangkap dirinya. Lantaran itulah selepas dua jam beliau diperiksa di Hospital Pusrawi, barulah beliau pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Namun sesuatu yang beliau tidak jangka iaitu Yang Saiful tahu: Saiful mengetahui, apabila beliau mengadu kesakitan pada bahagian dubur, maka pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan secara komprehensif pada dubur beliau, menggunakan peralatan-peralatan dan lampu suluh yang dibekalkan oleh pihak hospital. Salah satu alat pemeriksaan dubur dikenali sebagai disposable proctoscope, mempunyai diameter kira-kira 21 mm (atau 2/3 saiz zakar normal semasa ereksi penuh). Ya, pada fikiran Saiful saiz 21 mm cukup untuk memberi kesan kecederaan pada duburnya. Yang Saiful tidak tahu: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid (PR No: A 358617) telah menggunakan sejenis pelincir pada bahagian muncung proctoscope tersebut, bagi mengelakkan berlaku kecederaan ke atas dubur pesakit. Doktor juga tidak akan memasukkan lampu suluh ke dalam dubur pesakit, walaupun pesakit merayu-rayu supaya diperlakukan sebegitu rupa! Hasil pemeriksaan adalah seperti laporan perubatan Hospital Pusrawi, tiada kesan kecederaan atau pendarahan pada dubur Saiful. Selepas selesai pemeriksaan di Hospital Pusrawi, Saiful telah begitu yakin bahawa duburnya telah koyak akibat ditembusi oleh proctoscope tesebut. Dalam tempoh 2 jam selepas itu, beliau telah pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengadu beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan jika pihak hospital kerajaan terbabit telah menemui kesan penetrasi pada dubur Saiful. Nafsu seks Saiful adalah di luar normal, di mana Saiful berfantasi proctoscope tersebut adalah zakar Anwar seperti yang diperkatakan dalam lafaz sumpah laknatnya.
Mana Betul, Laporan Polis Saiful Atau Pusrawi
Persoalan inilah yang sedang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Antara laporan polis Saiful dengan laporan perubatan hospital Pusrawi (foto), mana yang lebih benar dan relevan agaknya. Saiful membuat laporan polis tanpa membawa bukti-bukti yang kukuh serta saksi yang beliau telah diliwat. Sedangkan, beliau sepatutnya membawa bukti perubatan seperti itu seandainya benar beliau diliwat oleh Anwar. Kes ini melibatkan pemimpin politik negara dan bukan boleh sekadar main-main. Malah, jika Saiful tidak menerima laporan perubatan Pusrawi itu maka beliau sepatutnya pergi ke hospital kerajaan seperti yang diarahkan oleh Dr.Muhamad Osman untuk membuat rawatan susulan. Soalnya sekarang, kenapa laporan perubatan hospital kerajaan tidak dibawa bersama semasa beliau membuat laporan polis itu. Sedangkan beliau mempunyai masa untuk berbuat demikian. Kenapa Saiful tergesa-gesa untuk membuat laporan, ketika segala bukti yang ada belum mencukupi untuk beliau mensabitkan Anwar dengan pertuduhan tersebut. Wajarkah pihak polis menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Saiful. Kemungkinan besar beliau menfitnah Anwar demi kepentingan peribadinya. Atau mungkin juga mendapat arahan pihak-pihak tertentu. Namun, kenapa polis lebih mempercayai Saiful daripada Anwar yang menyatakan beliau difitnah selepas itu?. Justeru itu, sebagai rakyat wajarkah kita menerima kenyataan Saiful yang tidak berlandaskan fakta, berbelit dan tiada bukti yang kukuh itu. Sedangkan Dr.Muhamad Osman menyediakan fakta dan bukti yang kukuh biarpun ia dinafikan oleh pihak berkenaan. Maka itu, jelaslah kini bahawa kes terbaru Anwar memang wujudnya unsur-unsur keraguan yang munasabah untuk ditolak oleh mahkamah. Malah, timbul juga persoalan kenapa Saiful tidak mahu menyaman doktor dan hospital terbabit kiranya laporan itu tidak benar serta "fitnah semata-mata"?. Sebaliknya beliau begitu berselera untuk menyaman blog Pahang Daily Online yang kononnya membuat "fitnah tentang penyakit" yang beliau alami selepas membuat sumpah laknat terhadap kes ini?. Apakah beliau takutkan sesuatu atau sengaja mahu mengelak dari kebenaran terbongkar?
Akuan Sumpah Laknat Yang Amat Dipertikaikan
Saiful juga banyak menimbulkan keraguan dari segi membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah sehari sebelum hari pencalonan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calonnya. Timbul persoalan, kenapakan tarikh itu yang dipilih untuk "sumpah laknat" sedangkan banyak lagi tarikh-tarikh lain yang lebih sesuai. Malah, cara dan kaedah beliau bersumpah juga menjadi kesangsian dikalangan para ulamak. Apatah lagi dengan cara beliau memegang Al-Quran dengan tangan kiri tanpa rasa hormat terhadap kitab suci itu. Malah, cara beliau melafazkan sumpah laknat juga langsung tidak menampak yang Saiful seorang "mangsa liwat". Beliau kelihatan ceria dan begitu bersemangat sekali untuk "mencari populariti" dan "kemasyuran" dengan sumpah yang dilafazkan itu. Hingga menyebabkan beliau terlupa dan tersilap tarikh kejadian serta lafaz yang dibuat itu. Akhirnya timbullah nama Iman Ramlang Porigi, yang dikatakan menjadi saksi acara itu. Walhal Iman terbabit dikatakan baru selesai menjadi Iman majlis akad nikah pada hari dan masa yang sama. Atas arahan pihak atasan, beliau dipaksa hadir ke program berkenaan. Akhirnya nama Imam Ramlang tercemar dek kerana insiden itu, hingga menyebabkan beliau terpaksa naik ke pentas ceramah di Permatang Pauh untuk menyatakan perkara yang sebenarnya berlaku. Gara-gara kes ini akhirnya Imam Ramlang ditukarkan ke JAKIM dan akhirnya dipecat dari jawatan beliau. Soalnya sekarang, kenapakah beliau harus dipecat jika menyatakan kebenaran?. Bukankah ada wujud satu konspirasi dalam insiden ini, yang akhirnya menyebabkan Imam Ramlang turut menjadi mangsa. Gara-gara sumpah laknat itu juga menyebabkan, puak-puak UMNO menjaja kononnya Anwar bersalah kerana takut untuk menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah. Walhal, ramai ulamak mukhtabar yang melarang ia dilakukan sebenarnya. Malah, biarpun perbuatan Saiful itu disokong oleh kerajaan namun ramai lagi yang pihak yang mempertikaikan kewajarannya. Akibat sumpah Saiful jugalah menyebabkan Anwar menang besar di Permatang Pauh dan kini bergelar Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Jalan Terakhir, Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi
Setelah melihat segala yang berlaku ini bagai akan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terlepas daripada pertuduhan yang telah dibuat. Maka itulah usaha terakhir ialah memindahkan kes ini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Biarpun sijil perpindahan dipertikaikan oleh Anwar dan peguamnya kerana ia ditandatangani oleh Peguam Negara, Ghani Patail iaitu individu yang terlibat dalam kes "memalsukan laporan mata lebam Anwar" dulu, namun segala perancangan ini terpaksa jua dilakukan demi "survival perjuangan" pihak berkenaan. Jika Anwar dibiarkan terus bebas seperti sekarang, mereka gusar ia akan menggugat masa depan politik mereka. Akhirnya kes tersebut dipindahkan dalam keadaaan yang meragukan. Pertamanya, hakim bicara iaitu SM Koomathy telah "hilang" dan dikatakan bercuti tanpa membenarkan kes itu ditangguhkan seperti kebiasaannya. Walhal sepatutnya Hakim berkenaan perlu mengendalikan kes tersebut, kerana beliau telah memulakannya sejak dari awal lagi. Namun, bagaikan satu "silap mata", beliau dicutikan tanpa kerelaannya. Ini kerana mereka tahu Hakim SM Komathy terlalu "jujur, bertanggungjawab dan ikhlas" dalam melaksanakan tugasanya. Justeru itu, hakim tersebut wajar dihilangkan seketika untuk membolehkan keputusan "segera" dibuat bagi memindahkan kes berkenaan. Maka akhirnya, biarpun segala pertikaian dibuat ia dipindahkan juga ke Mahkamah Tinggi. Walhal mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi pernah menegaskan yang Peguam Negara tidak akan terlibat atau campurtangan dengan kes liwat Anwar itu. Inilah bukti jelas yang satu permainan "ala hakim coklat hacks" telah berlaku semua di mahkamah. Mereka juga bebas menentukan siapakah hakim yang layak untuk membicarakan kes liwat itu nanti. Apa yang pasti hakim berkenaan wajarlah membuat aku janji dan sumpah taat setia kepada kerajaan dalam menentukan segala keputusan yang bakal dibuat terhadap kes ini sebenarnya. Sebab itulah kita tidak hairan bila Saiful Bukhari mendabik dada kononnya beliau berada di pihak yang benar dalam kes ini. Kerana beliau tahu yang banyak pihak akan membantu beliau untuk berhadapan dengan Anwar nanti.
Kerana Habuan, Saiful Gusar Kes Digugurkan?
Sementara itu Saiful Bukhari, "mangsa liwat" Anwar itu juga nampaknya amat gusar kiranya kes liwat beliau ini digugurkan sebelum hari perbicaraan sebenar pada 1 Julai ini. Mungkin kerana beliau takut, dirinya akan dituduh "gagal melaksanakan" tanggungjawab yang telah diamanahkan itu agaknya. Kenyataan terbaru Saiful ini juga menimbulkan seribu persoalan dan menunjukkan yang beliau semakin "gelabah" sebenarnya. Beliau perlu akur, bahawa tidak ada mana-mana kes yang layak dibicarakan tanpa memberi ruang yang seluas-luasnya untuk pihak tertuduh membuat pembelaan. Ini membuktikan bahawa memang terdapatnya konspiorasi jahat pihak tertentu untuk mensabitkan dan menjatuhkan Anwar dengan kes ini. Mereka mungkin mahu menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Kerana mereka tahu yang UMNO dan Barisan Nasional, secara dasarnya telah ditolak oleh sekalian hamba rakyat. Kerajaan yang ada sekarang ini umpama "hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong", maknanya orang sudah tidak mahu lagi kepada mereka tetapi masih mahu mengaku kononnya mendapat sokongan rakyat. Apakah Saiful bakal dijadikan sebagai "batu loncatan" ke arah memastikan "riwayat politik Anwar" terkubur agaknya?. Maka itulah Saiful takut jika kes ini digugurkan, mungkin beliau belum menerima segala habuan yang dijanjikan itu agaknya. Luahan itu telah dibuat dalam posting terbaru blog peribadi beliau. Dalam kenyataan ringkas beliau itu Saiful telah menyatakan bahawa :-
"Begitulah tuntutan terkini pejuang ''KEADILAN'' tersohor negara ini sebelum hari perbicaraan yang akan bermula dalam masa lebih kurang 19 hari lagi. Percayalah, pelbagai alasan lagi akan dicanang bagi mengelirukan rakyat serta untuk beliau mengelakkan diri daripada dibicarakan di Mahkamah kelak. Adakah tidak cukup ruang dan keadilan yang Mahkamah beri selama 1 tahun kes ini ditangguh? Hujah saya di sini, sini, sini, sini Dimana keadilannya buat si pengadu jika kes digugur sebelum dibicarakan? Melalui maklumat yang saya terima, segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi mereka akan dibenarkan membuat tuntutan-tuntutan dan diberi keistimewaan seperti yang beliau dapat. Walau bagaimanapun, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah dan Pendakwaraya dalam mempertimbangkan tuntutan-tuntutan keterlaluan beliau ini. Yang penting bagi saya, perbicaraan pada 1 Julai ini harus dijalankan."
Apa yang jelas dapat dilihat dalam kenyataan ini, jelas menggambarkan bahawa Saiful sebenarnya yang amat takut dengan tuntutan yang dibuat oleh peguam-peguam Anwar itu. Tambahan pula, jika kes ini digugurkan maka ia memberi tamparan hebat buat beliau kerana gagal menyudahkan "skrip sandiwara" yang telah dirancang sekian lama dengan pihak-pihak tertentu. Semalam, dalam notis usulnya yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan. Antara yang diminta Anwar ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis. Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S.N.Nair and Partners, baru-baru ini. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden. Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar menyediakan pembelaannya dengan rapi dan bernas. Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.
[Maka dengan penjelasan dan beberapa fakta yang diberikan ini, jelas sekali membukti bahawa terdapat banyak unsur keraguan yang munasabah untuk membolehkan kes ini ditangguh malah digugurkan sebenarnya. Pahang Daily Online juga amat pasti dan yakin, jika kes ini diteruskan juga maka rakyat sudah boleh membaca serta menjangka apakah keputusan yang bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim nanti sebenarnya. Bayangkan, Anwar terpaksa berhadapan dengan kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari yang dibantu oleh pihak polis, mahkamah, serta yang berkaitan. Bukankah ini amat zalim sebenarnya. Justeru itu kami menyeru seluruh rakyat agar dapat mendoakan semoga kebenaran akan tersingkap jua akhirnya. Maka itu juga, kami tidak hairan Pendakwaraya gagal menyerahkan segala dokumen yang berkaitan kepada peguam Anwar. Mereka mungkin telah merancang segalanya termasuk DNA, rakaman CCTV dan sebagainya. Malah, beberapa bulan yang lalu Saiful Bukhari juga dengan bangganya menyatakan beliau turut mempunyai bukti "rakaman video" adengan liwat yang berlaku terhadap dirinya itu. Bukankah sesuatu yang aneh? Siapakah yang merakamkan adengan itu sebenarnya. Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat serta nantikan semua ini].
-D'Perbatasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan