Pengikut

Selasa, 16 Jun 2009

Berbezakah Ahli PKM dengan Komunis China

Asalammualaikum, Aku terpanggil untuk membicarakan pendapat aku setelah membaca komen Timbalan Menteri Pengalah kepada Ketua pemuda umno yang komennya bertalu dan melulu mengenai pandangan brother DSAI mengenai Chin Peng yang hendak menghabiskan sisa hidupnya di Malaysia yang satu ketika dulu digempurnya tentera british yang memerintah malaya.

Kalau dalam buku2 sejarah terang2 menyatakan terdapat nasionalis islam bersama dengan nya menentang penjajahan inggeris.

Aku sangat mengerti dan faham isu ini sangat berat untuk dikupas kerana banyak luka-luka lama yang akan berdarah kembali, kalaulah fakta sejarah tidak di kona oleh penjajah dan penjajah pulak mengangkat kroninya untuk di berikan kemerdekaan memerintah, kebenaran fakta sejarah tidak dapat tidak memihak kepada pemerintah dengan memberi level isu sensetif. Mungkin itu orang dahulu yang serba kekurangan sumber maklumat dan batasan informasi. Era kini kalau kita tak tulis akan ada orang lain yang mengkaji dan tulis sejarah penjajahan di malaysia.

Isu hangat Chin Peng menjadi tajuk utama di setiap media mengutuk dan menghentam chin peng itu ini begitu begini, hinggakan naik muak aku nak baca pasal dalam masa yang tersiar gambar Amarhum bekas PM TAR berpelukan mesra sebab tersenyum dengan pengerusi Mao, di ganding gambar anaknya DSN yang berpeluk mesra dengan PM komunis China sekarang dengan pujian melangit setinggi gunung kerana menurut jejak langkah bapalah tapi masa TAR dulu kita diberi cuti satu hari sedang bersebelahan nya ada gambar Kecil chin peng era kini yang sudah tua.

Pesoalan di kepala otak aku apa beza komunis kecik dengan komunis besar. Apabila kita boleh berbaik dengan komunis besar takkan dengan komunis kecik tak boleh. Sebab aku masih percaya doktrin komunis kecik yang menjadi perjuangan dahulu masih sama dengan komunis besar, dan aku rasa kalaulah chin peng itu pengkhianat macammana pula yang berhubungan dengan China komunis itu tida boleh kita tuduh pengkhianat juga walau pun atas alasan kestabilan politik dan ekonomi. tapi aku bukan melulu kerana aku faham masalah ini di cuit mati anak di buang mati emak sejarah telah berlalu, kalau kerana pendapat aku ini aku membenarkan komunis kau orang dah silap kerana pasal BMA buat 'road block" depan rumah aku dulu bapak aku tampal dinding sekeliling dengan berlapis-lapis getah keping untuk melindungi ahli keluarganya.

Peperangan memang tidak baik untuk rakyat sebab rakyat jadi mangsa mainan politik hinggalah sekarang.Sebab dalam perperangan itu selalunya tiada undang -undang awam semuanya undang-undang tentera jadi siapa yang berkuasa mempergunakan semua undang2nya demi kepentingan masing, wahimah membunuh rakyat banyaksudah tidak menjadi hal. Kerana etika peperangan tiada keadilan hanya mencapai matlamat.

Melainkan apa yang di anjurkan oleh Islam. Dalam keadaan sekarang mana ada perlawanan atau perperangan yang adil melainkan perlawanan
Tinju yang mensyaratkan ketegori berat yang seimbang yang boleh masuk bertanding ketegori yang sama.Pada aku kalau era kini kira macam WWE....Allah maha Pengampun dan tak salah kalau kita juga menjadi pemaaf sebagaimana Rasullulah SAW..takkan sampai islam ke nusantara kalau Rasullulah bersifat dendam dengan kaumya di era Makkiah....serahkan urusan selebihnya kpd Allah SWT setelah kita menjadi pemaaf..mana tau chin peng menjadi muhammad chin peng ....
tak mustahil kan..?

wasalam.....

1 ulasan:

  1. PKM (parti komunis malaya) berjuang bersama British untung menentang Komunis Jepun sehingga jepun kalah... ahli PKM kebanyakkan orang Cina & orang cina sangat bencikan jepun namun terdapat jugak orang melayu yang menunaikan solat 5 waktu mcm biase,.. dan umum nya pada masa penjajahan jepun ramai orang melayu yang menjadi talibarut jepun,.. cuba wikipedia,.. & umno adalah melayu yang diterur dan dieramkan oleh british, sebab tu umno tak payah berperang untuk kemerdekaan.

    BalasPadam