Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

The People Prime Minister ?




Seperti lazimnya , perdana menteri yang baru naik akan mencari beberapa slogan dan cogan kata yang akan menjadi bawaan kepimpinannya . Sebelum ini Tun Abdullah popular dengan "mari bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya" .


Adapun Tun Mahathir , selain dari Penerapan Nilai - Nilai Islam saya tidak sempat untuk mengingatinya . Entah apa slogan dan cogan kata kepimpinannya .


Hari ini Dato' Seri Najib di bawah konsep One Malaysianya membawa slogan " Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan "


Berusaha untuk menjelaskan cogan kata bawaan kepimpinannya , beliau telah menegaskan bahawa dirinya adalah The People Prime Minister . Beliau mahu menjadi perdana menteri yang hidup bersama rakyat dan sentiasa merasai denyut nadi rakyat .


Ya ! pastinya itu ungkapan yang cukup memukau , laksana terpukaunya rakyat dengan falsafah kepimpinan Tun Abdullah diawal mandat beliau selaku perdana menteri yang ke 5 dulu . Namun realitinya falsafah kepimpinan beliau hanya mampu bertahan seumur jagung semusim padi .


Kini giliran Dato' Seri Najib pula mengungkap cogan kata yang mencairkan perasaan ramai . Selepas ini akan ada pula yang berkata inilah perdana menteri yang kita tunggu - tunggu selama ini . Perdana menteri yang mampu hidup sepayung dengan rakyat marhain malah sensitivitinya turut merasai denyutan nadi rakyat .


Saya melihat fenomena bermain dengan falsafah kepimpinan ini masih dalam serkap retorika yang sukar ditembusi . Hanya sekadar bermain dengan perasaan rakyat yang mudah dibuai .


Kelihatan serius benar Najib mahu keluar dari bayangan ngeri yang melingkari hidupnya sejak sekian lama . Bermula dengan pelbagai dakwaan skandal yang melibatkan penyalahgunaan kuasa , komisen pembelian kapal selam , eurocopter dan apa yang paling menakutkannya ialah bayangan wanita mongolia .


Biar 1000 lagi cogan kata yang akan dihamburkan oleh Dato' Najib , saya yakin ia tidak mampu membebaskan dirinya dari bayangan hitam tersebut . Beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang memanjat tangga takhta tertinggi pemerintahan negara dengan dosa dan noda yang tidak terhakis .


Terbaru tanpa membayangkan falsafah kepimpinan dan cogan kata beliau itu suatu yang realistik , beliau adalah individu yang bertanggungjawab dengan tragedi rampasan kuasa di negeri Perak Darul Ridzuan baru - baru sehingga mengheretnya terjebak dalam krisis perlembagaan dan undang - undang yang berlarutan hingga kini .


Apakah saat Dato' Najib merampas kuasa kerajaan negeri Perak dari tangan PAKATAN Rakyat , beliau gagal untuk merasai denyutan nadi rakyat ketika itu ?.


p/s:-Dato' Najib ni faham ke , apakah makna denyutan nadi rakyat ? pesan saya , agar Dato' najib berhati - hati dan bertindak wajar ! jangan sampai rakyat tidak memperdulikan denyutan nadi beliau pula selepas ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan