Kenyataan Rais Yatim yang jumlah kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini hanyalah lebih sedikit dari 22,000 sahaja dan perkiraan beliau itu disanggah oleh penulis-penulis dan individu pro UMNO dan BN. Sesungguhnya 22,000 itu hanyalah jumlah peserta yang duduk dari persimpangan Tun Razak dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.
Tetapi saya menyeru kepada sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada UMNO dan apabila bersama UMNO itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli UMNO. UMNO memang begitu sikapnya….berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau tidak berbohong mereka tidak selari dengan ‘attribute’ asas UMNO itu.
UMNO memang tidak merasa apa-apa jika berbohong. Berbohong itu ada satu kewajipan bagi UMNO. Jika kita hendak menunjukkan bagaimana UMNO nya kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah UMNO.