SHAH ALAM: Tindakan
media Umno memfitnah serta mendedahkan aib lawannya bukan sahaja
mendapat bantahan dari musuhnya bahkan juga dari dalam Umno sendiri.
Bagi golongan agama dalam Umno, tindakan media Umno itu bercanggah dengan syariat Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam tidak digalak membuka aiban orang lain, kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang Muslim, maka Allah akan membuka aibnya."
Justeru, Fathul Bari berkata sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian (gambar), keaiban yang dilakukan seharusnya tidak disebarkan kepada umum sama ada melalui penyebaran video atau lain-lain bentuk.
Beliau mengulas berhubung penyebaran gambar yang didakwa menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tersebar di Internet dan blog termasuk adegan dengan wanita di dalam tandas.
Sehubungan itu menurut nya, pendedahan gambar dan video memalukan serta menjelekkan itu harus dilaporkan terus kepada pihak berkuasa.-Harakah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan