Pengikut

Rabu, 2 Mei 2012

Pemuda MIC serang rombongan PKR

Ahli Parlimen Kapar, Manickavasagam mendakwa seorang pemimpin kanan dalam pergerakan Pemuda MIC telah menyerang dan mencederakan anggota rombongan PKR yang cuba bertemu perdana menteri di Putrajaya pagi tadi.

Justeru, bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau menggesa polis menangkap pemimpin berkenaan dengan segera.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang bersama rombongan itu mendakwa, akibat insiden itu Ketua Cabang PKR Puchong dikenali sebagai Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

Surendran mendakwa pemimpin itu dan beberapa samseng berbuat demikian berhampiran pintu masuk pejabat perdana menteri. -Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan