Pengikut

Rabu, 16 Mei 2012

Najib Diminta Tukar MB Perlis

Isa Sabu
Mungkin kerana terlalu kecil maka riuh randah Umno Perlis dalam kandang sendiri tidak kedengaran oleh dunia luar. Diam bukan bermakna Umno Perlis tenang dan tidak menghadapi masalah. Keadaan Umno Perlis hari ini bolehlah diibaratkan sebagai retak menunggu belah atau masalahnya persis api dalam sekan.

Penyingkiran Shahidan Kasim sebagai MB Perlis dengan diganti dengan Isa Sabu meletakan Umno negeri Indra Kayangan itu dalam kemercingan. Shahidan yang dilihat sebagai bapa pembangunan di Perlis tidak berpuas hati dengan penyingkiran beliau. Penggantian dengan Isa Sabu dianggap satu penghinaan kepadanya.

Sejak itu para penyokong Shahidan tidak pernah mendiamkan diri berusaha dan berikhtiar untuk mengembalikan kerusi itu kepada Shahidan semula. Tetapi serangan itu tidak begitu ketara untuk mengelakkan dari krisis dalam itu menyinggung hati pihak Istana Perlis.

Pertukaran Shahidan dengan Isa Sabu dikatakan ada campur tangan Istana Perlis. Shahidan dan penyokongnya merasa terkilan atas apa yang berlaku kerana Perdana Menteri ketika itu Abdullah Badawi sudah memberi watikah untuk perlantikan Shahidan sebagai MB Perlis.

Ekoran itu Umno Perlis dalam keadaan retak dan berpecah. Isa Sabu dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pimpinan Umno Perlis dan menganggap beliau sebagai tokoh yang sudah luput tarikh.

Persengketaan Umno Perlis kini tidak dapat disembunyikan lagi. Desakan agar menurunkan Isa Sabu kini sudah pun sampai ke peringkat Presiden Ha Najib Razak. Pihak yang tidak bersetuju dengan Isa Sabu katanya telah memberi kata dua kepada Najib.

Satu sms yang saya terima petang tadi menjelaskan apa yang berlaku di Perlis. Di mana 24 orang Jawatankuasa Bahagian Arau dan 19 orang jawatankuasa Bahagian Padang Besar menuntut supaya Najib Razak melaksanakan beberapa tuntutan mereka salah satunya agar menukar MB Perlis selepas pilihan raya akan datang.

Alasannya kerana Isa Sabu berprestasi lemah serta tidak mematuhi arahan presiden.

Tuntutan dan desakan ini mungkin akan menjadi faktor utama bakal memecahkan Umno Perlis dan tidak msuathil juga kalau Najib gagal menyelesaikan mungkin Perlis juga akan melayang ke tangan Pakatan Rakyat. Tunggu ulasan lanjut nanti. - MSO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan