Pengikut

Selasa, 8 Mei 2012

MPP tegur kenyataan terbuka Presiden KEADILAN

Tindakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan secara terbuka di akhbar Sinar Harian semalam telah menimbulkan ketidak senangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Wan Azizah yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali balik menemui Ibunya, Che Tom Yahya sebagai tanggungjawab beliau sebagai anak.

Namun tindakan tersebut dilihat telah memberi peluang kepada Umno-Barisan Nasional untuk terus menyerang Azmin walaupun Dr Wan Azizah mempunyai maksud yang lain.


Menurut sumber terdekat yang tidak mahu mendedahkan namanya, terdapat Ahli Majlis Pimpinan Pusat telah bertemu dengan Dr Wan Azizah bagi menyatakan ketidak puashatian mereka dengan tindakan tersebut.

Jelas sumber itu lagi, perkara ini adalah satu yang serius dan perlu diberi perhatian, sebagai seorang Presiden parti ia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana perkara yang lebih teruk akan berlaku.

"Bagi kami apa yang dilakukan sama ada dari Presiden mahupun sesiapa sahaja di dalam parti apatah lagi mempunyai kedudukan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian adalah tidak bersesuaian.

"Ini akan memberi peluang kepada Umno-Barisan Nasional untuk terus menyerang KEADILAN terutama Timbalan Presiden, Azmin dan kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menepis segala fitnah serta tomahan Umno-Barisan Nasional itu memandangkan agenda rakyat lebih penting apatah lagi pilihan raya yang semakin hampir," jelas sumbar tersebut kepada keadilankini.

Dalam pada itu, menurut sumber itu lagi, jika sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengembirakan Umno-Barisan Nasional serta menyifatkan apa tindakan Abdul Khalid sebagai membalas dendam kepada Azmin.

Malah jelasnya lagi, ia juga dilihat sebagai usaha Abdul Khalid untuk menamatkan kedudukan Azmin di dalam KEADILAN pada pemilihan yang akan datang.

"Kami MPP mahu Dr Wan Azizah memberikan penjelasan sebenarnya apa maksud beliau dan jika beliau ingin menegur Azmin ia boleh dilakukan di dalam mesyuarat mahupun pertemuan secara berdua bukannya mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

"Bukan maksud kami untuk mengecam tindakan Presiden parti tetapi ia perlu dilakukan secara beretika demi menyelamatkan KEADILAN dari terus menjadi tomahan rakyat dengan isu jijik Umno itu," sambung sumber itu lagi.

Beliau menekankan Presiden KEADILAN perlu berhati-hati dengan setiap apa yang ingin beliau nyatakan, jika perkara itu boleh diselesaikan secara keluarga maka itu perlu diutamakan dan kita jangan sesekali memberi ruang kepada Umno- Barisan Nasional untuk terus menyerang parti.

Pagi tadi, Azmin melalui twitternya turut menyatakan agar "Kenyataan Dr. Wan Azizah perlu penjelasan cermat. Terdedah kepada persepsi yang kurang baik". - Keadilankini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan