Pengikut

Jumaat, 11 Mei 2012

Komunis hadir BERSIH 'komunis baik'

Jika benar terdapat komunis yang menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lalu, mereka penganut fahaman itu yang baik, kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais.

"Kalau kata ramai yang datang masa BERSIH ialah komunis. Ok lah itu. Sebab mereka komunis yang baik. Sebab mereka tentang penipuan yang dibuat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Perjuangan komunis akan menjadi perjuangan yang suci," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar mengatakan, perhimpunan "duduk bantah" itu didalangi oleh pihak yang menyebarkan ideologi komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an.

Walaupun Hanif tidak menamakan sesiapa tetapi kenyataan itu dipercayai jelas merujuk kepada Hishamuddin yang terlibat dalam aktivisme pelajar sekitar 70-an dan memainkan peranan penting pada perhimpunan itu. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan