Pengikut

Jumaat, 4 Mei 2012

Keganasan Polis Tidak Gentarkan Anak Muda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 NGO di bawah kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda Malaysia akan mengadakan pameran bergerak menayangkan video dan mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh ketua SAMM, Badrul Hisham Sharin atau dikenali dengan Che GuBadr malam tadi dalam majlis ringkas perkisahan beliau dan teman-teman yang menjadi mangsa keganasan dan kedurjanaan polis semasa di rumah Anwar Ibrahim.

Dalam pameran itu orang ramai dapat menyaksikan aksi polis yang membelasah para peserta di mana aksi dan sikap rakus polis ini tidak ditayangkan di media eletronik dan cetak penjilat tahi. Sebaliknya apa yang mainkan oleh media massa mengenai aksi para himpunan yang digambarkan ganas dan bertindak ke atas polis.
Pemeran itu menurut Badrul akan diadakan di seluruh negara, ke kampung-kampung dan desa di mana masyarakatnya hanya menerima akses media penjilat tahi sahaja.

“Kita berharap pameran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis,” katanya.

Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. “Keadaanya macam di dalam hutan rimba di mana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa,” tegasnya.

Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. “Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian…. namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan,” ceritanya lagi.

Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. “Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai.

Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini).

Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis.

“Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat,” katanya tanpa menggambarkan kegerunan.

Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. “Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan,”

Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman.

“Insya Allah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit,” ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajat dan solat hajat. Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran. -Harakah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan