Pengikut

Selasa, 15 Mei 2012

Guan Eng akan pujuk Tunku Abdul Aziz

Walaupun berbeza pendapat secara terbuka, tetapi DAP tidak mahu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, kata beliau, parti itu mahu Tunku Abdul Aziz terus menyandang jawatan naib pengerusi DAP.

"Saya harap kita boleh menyelesaikan apa-apa perbezaan pendapat secara dalaman dan dengan semangat kesetiakawanan.

"Saya akan menghubungi beliau untuk berjumpa dan berbincang dengannya atas harapan beliau akan menukar fikiran dan tidak keluar dari parti," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini

Tunku Abdul Aziz, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, mengumumkan meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti itu malam tadi.

Keputusannya itu dilihat sebagai satu tamparan hebat terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan.

Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

"Saya bukan katak," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

Tunku Abdul Aziz sebelum initidak bersetujudengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.

Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang ang berakhir pada 30 Mei.

Tunku Abdul Aziz juga dilaporkan berkata beliau telah mencadangkan kepada stiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.

Tunku Abdul Aziz
Sambil menyuarakan rasa dukacitannya dengan pengumuman Tunku Abdul Aziz itu, Lim berkata, DAP percaya dalam prinsip kebebasan untuk bersuara dan "setiap ahli dan pemimpin mempunyai hak untuk berbeza pendapat".

"Saya tidak setuju tindakan tatatertib harus diambil ke atas Tunku kerana berbeza pendapat dengan parti atas hak BERSIH untuk melakukan protes “duduk-bantah” di Dataran Merdeka," katanya.

Lim bagaimanapun berkata sememangnya terdapat rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti di setiap tahap kerana Tunku Abdul Aziz telah mengambil pendirian terbuka yang bertentangan dengan parti dalam isu BERSIH sebelum dan juga selepas perhimpunan pada 28 April.

"Namun begitu, jika Tunku berhak untuk menyuarakan pendapatnya yang berbeza, hak parti untuk menyatakan pendirian dalam isu dasar yang asas ini, harus dihormati juga.

"Parti tidak sesekalipun mengambil apa-apa tindakan terhadap Tunku kerana menyuarakan perbezaan pendapatnya atau pun meminta agar beliau keluar atau letak jawatannya.

"Saya berasa dukacita kerana Tunku ingin keluar dari parti disebabkan perbezaan pendapat dalam isu BERSIH. Hakikatnya, Tunku telah memasuki DAP kerana DAP menawarkan pentas untuk mempromosikan integriti dan melawan rasuah.

"Prestasi DAP dalam kerajaan selepas mengambil alih Pulau Pinang pada tahun 2008 jelas telah membuktikan bahawa kami mempromosikan integriti dan melawan rasuah," tegas Lim.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mempelopori usaha integriti dan anti-rasuah melalui tender terbuka, pendedahan terbuka kontrak kerajaan dan pengisytiharan harta pemimpin.

"Bukan sahaja Transparency International malah Laporan Ketua Audit Negara juga telah memuji prestasi kewangan Pulau Pinang. Bahkan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik juga telah memuji Pulau Pinang kerana prestasi yang baik dan bersih daripada rasuah," tambah Lim.

Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menghubungi Tunku Abdul Aziz untuk berbincang bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat secara dalaman dan semangat kesetiakawanan "dengan harapan beliau akan menukar fikiran dan tidak keluar dari parti". - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan