Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya yang dipetik harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. - Keadilankini
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya yang dipetik harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Penyokong The Ted Warrior |
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. - Keadilankini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan