Pengikut

Isnin, 14 Mei 2012

Amboi eloknya bahasa Bung Mokhtar


Biadap dan kurang ajar. Mungkin begitulah yang dapat dihuraikan tentang sikap seorang Ahli Parlimen BN apabila mencarut dan memaki hamun pengguna lain di twitter.

Ahli Parlimen berkenaan, Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah bersikap kebudak-budakan apabila menggunakan perkataan kesat di laman sosial itu.

Antara perkataan yang digunakan termasuk ‘anak haram’ ‘jahanam’ ‘menyalak sampai mampus’ dan menggelar pengguna twitter yang menegur atau menyindirnya sebagai ‘binatang’.


Antaranya berbunyi: “ANAK HARAM KO..JAHANAM DARI mana pula ni”, “MENYALAK LAH KO..mcm ANJING..Aku peduli apa?” dan “KO LAH BINATANG tu”.

Malah beliau juga secara angkuh menyatakan dirinya calon boleh menang selain percaya undinya akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang.

“PRU13 undi saya akan meningkat, ko tanding mana pula, berangan2 jadi yb juga kah hahaha..kesihan,” antara kenyataannya dipetik di twitter yang ditujukan kepada seorang pengguna lain.

Sikap kebudak-budakan Bung Mokhtar (gambar) itu turut mencuri perhatian pengguna di laman sosial itu yang menegur sikap beliau sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat BN.

Mokhtar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN di Parlimen sebelum ini sering mencetuskan isu kontroversi.

Antaranya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap wanita dengan menyebut ‘bocor’, selain menunjukkan isyarat lucah di Dewan Rakyat.

Tulisan Bung yang juga suami kepada pelakon terkenal, Zizie Ezzete ini juga mencuri perhatian, ekoran perkataan kesat yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melontarkan perkataan ‘Haram Jadah’ baru-baru ini. - KeadilanDaily

p/s: Bila PM borek Menteri/YB pun rintik keh keh keh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan