Agak menggelikan hati apabila baru-baru ini menyaksikan Najib yang kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan Hospital Bersalin Berisiko Rendah di Putrajaya. Selain merasmikannya, Najib juga bercakap mengenai kemudahan yang terdapat di hospital tersebut yang dianggap moden dan terkini untuk kaum wanita melahirkan anak tetapi kadar bayaran yang dikenakan adalah rendah sekali.
Bagi Najib hospital itu menyediakan kemudahan kelas pertama dengan bayaran hanya pada tahap kelas ketiga. Apabila seorang lelaki bercakap mengenai kemudahan-kemudahan untuk bersalin, tentunya ada perasaan tidak senang di kalangan kaum wanita yang mendengarnya.
Cukuplah tugas lelaki menyebabkan kaum wanita dihantar ke pusat-pusat bersalin dan melahirkan anak, tetapi ‘macho’ lelaki akan pudar apabila turut bercakap hal-hal yang berkaitan dengan wanita dan kewanitaan.
Sejak melantik dirinya sendiri memangku jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Shahrizat Jalil, ini adalah tugas pertama Najib. Janganlah pula lepas ini, Najib tergamak hadir merasmikan klinik kanser payu dara atau bercakap di seminar atau forum mengenai kesuburan wanita, penyakit keputihan dan sebagainya. Atau hadir melawat hospital bersalin dan menyampaikan jambangan bunga pula.
Meskipun jika setiap kali hadir di program-program berkaitan wanita ini, Najib tetap ditemani oleh isterinya, Rosmah Mansor tetapi oleh kerana beliau yang bercakap dan berinteraksi dengan hadirin, persepsi orangramai tetap agak janggal terhadapnya. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan, terutama dalam masyarakat Melayu, hanya wanita sahaja yang bercakap berkenaan hal-hal kewanitaan ini. Tidak manis bagi orang lelaki untuk turut campurtangan bercakap mengenainya juga.
Sejak awal lagi apabila Najib memutuskan melantik dirinya sendiri memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini, penerimaan orangramai agak sangsi dan menimbulkan pelbagai andaian. Selain ada yang beranggapan ia menggambarkan ketidakpercayaan Najib terhadap kepimpinan Wanita UMNO, ada juga yang bercakap bahawa Najib sengaja memangku jawatan itu untuk diisi oleh isterinya. Memanglah persepsi orangramai tidak dapat dihalang, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.
Semua orang berhak memberi pandangan dan tanggapan. Dalam isu ini, jika Najib terus hadir dan merasmikan pelbagai program yang berkaitan wanita, kemudian bercakap pula berkenaan hal-hal sulit kaum wanita, ‘kemachoan’ beliau sebagai lelaki akan hilang sedikit demi sedikit. Sebagai Perdana Menteri dan lelaki, Najib perlu dilihat sentiasa ‘macho’ di mata kaum lelaki dan juga kaum wanita.
Dalam hal ini beliau perlu melepaskan jawatan yang sedang dipangkunya dan menumpukan kepada tugas hakikinya sahaja. Kalau pun Najib tidak mempercayai sesiapa dalam Wanita UMNO dan merasakan tidak ada yang sesuai untuk jawatan itu, beliau sebenarnya masih ada masa untuk melantik isterinya, Rosmah sebagai Senator dan kemudian memberikannya jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Adalah lebih baik memberikan jawatan itu kepada Rosmah daripada Najib terus memangkunya dan biarlah selepas ini isterinya pula merasmikan pelbagai program yang berkaitan kaum wanita pula. Rasanya Wanita UMNO pun tidak ada masalah untuk menerima jika Rosmah dilantik ke jawatan itu. Ini kerana bagi kaum wanita di negara ini serta pertubuhan-pertubuhan wanita, waima Wanita UMNO sekali pun, kehadiran Rosmah bukanlah begitu asing bagi mereka.
Sudah banyak program Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang selama ia dipimpin oleh Shahrizat yang telah dihadiri oleh Rosmah seperti Sidang Puncak Wanita-Wanita Pertama yang diadakan tahun lalu. Sementara itu, dalam beberapa lawatan ke luar negara yang diketuai oleh Rosmah pula, ia juga difahamkan menggunakan peruntukan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Shahrizat hanya menjadi pengiring kepada Rosmah sahaja. Kerana itu, jika Najib melantik Rosmah sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia bukanlah lagi sesuatu yang mengejutkan dan tidak ada sesiapa yang akan ‘terperanjat beruk’ dengan perlantikan itu.
Bagi Najib hospital itu menyediakan kemudahan kelas pertama dengan bayaran hanya pada tahap kelas ketiga. Apabila seorang lelaki bercakap mengenai kemudahan-kemudahan untuk bersalin, tentunya ada perasaan tidak senang di kalangan kaum wanita yang mendengarnya.
Cukuplah tugas lelaki menyebabkan kaum wanita dihantar ke pusat-pusat bersalin dan melahirkan anak, tetapi ‘macho’ lelaki akan pudar apabila turut bercakap hal-hal yang berkaitan dengan wanita dan kewanitaan.
Sejak melantik dirinya sendiri memangku jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Shahrizat Jalil, ini adalah tugas pertama Najib. Janganlah pula lepas ini, Najib tergamak hadir merasmikan klinik kanser payu dara atau bercakap di seminar atau forum mengenai kesuburan wanita, penyakit keputihan dan sebagainya. Atau hadir melawat hospital bersalin dan menyampaikan jambangan bunga pula.
Meskipun jika setiap kali hadir di program-program berkaitan wanita ini, Najib tetap ditemani oleh isterinya, Rosmah Mansor tetapi oleh kerana beliau yang bercakap dan berinteraksi dengan hadirin, persepsi orangramai tetap agak janggal terhadapnya. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan, terutama dalam masyarakat Melayu, hanya wanita sahaja yang bercakap berkenaan hal-hal kewanitaan ini. Tidak manis bagi orang lelaki untuk turut campurtangan bercakap mengenainya juga.
Sejak awal lagi apabila Najib memutuskan melantik dirinya sendiri memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini, penerimaan orangramai agak sangsi dan menimbulkan pelbagai andaian. Selain ada yang beranggapan ia menggambarkan ketidakpercayaan Najib terhadap kepimpinan Wanita UMNO, ada juga yang bercakap bahawa Najib sengaja memangku jawatan itu untuk diisi oleh isterinya. Memanglah persepsi orangramai tidak dapat dihalang, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.
Semua orang berhak memberi pandangan dan tanggapan. Dalam isu ini, jika Najib terus hadir dan merasmikan pelbagai program yang berkaitan wanita, kemudian bercakap pula berkenaan hal-hal sulit kaum wanita, ‘kemachoan’ beliau sebagai lelaki akan hilang sedikit demi sedikit. Sebagai Perdana Menteri dan lelaki, Najib perlu dilihat sentiasa ‘macho’ di mata kaum lelaki dan juga kaum wanita.
Dalam hal ini beliau perlu melepaskan jawatan yang sedang dipangkunya dan menumpukan kepada tugas hakikinya sahaja. Kalau pun Najib tidak mempercayai sesiapa dalam Wanita UMNO dan merasakan tidak ada yang sesuai untuk jawatan itu, beliau sebenarnya masih ada masa untuk melantik isterinya, Rosmah sebagai Senator dan kemudian memberikannya jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sudah banyak program Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang selama ia dipimpin oleh Shahrizat yang telah dihadiri oleh Rosmah seperti Sidang Puncak Wanita-Wanita Pertama yang diadakan tahun lalu. Sementara itu, dalam beberapa lawatan ke luar negara yang diketuai oleh Rosmah pula, ia juga difahamkan menggunakan peruntukan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Shahrizat hanya menjadi pengiring kepada Rosmah sahaja. Kerana itu, jika Najib melantik Rosmah sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia bukanlah lagi sesuatu yang mengejutkan dan tidak ada sesiapa yang akan ‘terperanjat beruk’ dengan perlantikan itu.
Najib dalam hal ini harus segera mengarahkan Perdana Menteri supaya menyegerakan perlantikan Rosmah itu, sebaik-baiknya dalam masa terdekat ini supaya apabila pilihanraya diadakan, Rosmah dapat memainkan peranan yang lebih aktif ke arah membawa kaum wanita negara menyokong kerajaan yang ada sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan