Pengikut

Khamis, 19 April 2012

Menteri pulangkan duit rakyat dan kami akan pulangkan duit PTPTN

Kerajaan sepatutnya mendesak mana-mana Menteri yang menjadi punca ketirisan ratusan juta ringgit untuk memulangkan wang itu kepada rakyat semula, sebelum menasihatkan mahasiswa memulangkan pinjaman pendidikan.

“Boleh pulangkan. Tapi kerajaan mesti tuntut juga hutang dan pulangkan semula wang yang tiris dalam perbelanjaan kepada rakyat,” kata Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini.

Beliau mencabar kerajaan untuk mengembalikan semula perbelanjaan wang negara dalam projek lembu fidlot nasional (NFC), komisen pembelian kapal selam Scorpene dan lupus kira hutan bekas Pengerusi Mas, Tan Sri Tajuddin Ramli.

“Kuliah percuma oleh beberapa pensyarah yang hadir minggu ini membuktikan bahawa pendidikan percuma di Malaysia boleh dilakukan,” tegasnya.

Antara yang hadir ke perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka minggu ini dan mengadakan kuliah percuma termasuklah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan kartunis Zunar.

Sehingga kini, perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan percuma telah masuk hari keenam.

“Respon orang ramai, NGO dan pertubuhan mahasiswa semakin kuat. Kami akan tetap bertahan,” tegas Syahid.

Sumber - KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan