Seperti yang telah dijangkakan para pencacai UMNO tanpa
mengetahui hujung pangkal sebab sebuah kereta peronda Polis terpaksa
diterbalikkan telah mula memainkan isu ini bagi menunjukkan kepada pembaca
mereka bahawa Penyokong BERSIH 3.0 ini sememangnya ganas.
Menariknya dalam perkara ini bukan sahaja Blog-blog pencacai
UMNO yang mereka-reka cerita mengikut tahap imaginasi mereka malah media-media
on-line juga menyiarkan berbagai versi laporan tentang hal ini..
myMetro melaporkan Dua kereta peronda polis (MPV) diterbalikkan dan dirosakkan sekumpulan peserta Perhimpunan Bersih 3.0 di depan pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama, di sini, manakala enam anggota trafik di dalamnya turut cedera dipukul penyokong berkenaan..
Manakala mStar pula menggambarkan peserta BERSIH 3.0 lebih
ganas lagi dengan melaporkan bahawa penyokong BERSIH 3.0 telah menyerang dan
menterbalikkan sebuah kereta polis di hadapan Sogo di sini sebelum melarikan
diri.
Padahal Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh
sendiri tidak dapat mengesahkan berita itu..
Kalau nak melaporkan tu biarlah proffesional sikit.. kenapa tak dilaporkan bahawa kereta polis tersebut terpaksa diterbalikkan kerana disyaki mangsa yang dirempuh oleh kereta tersebut berada dibawah kereta Polis tersebut?
Tentang Pistol itu pula.. akupun tak tahu.. tapi cuba tengok antara Twitter di bawah ni.. ada sebabnya di sini kot??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan