Pengikut

Selasa, 3 April 2012

"Feel good factor" jadi bahan lawak di "pasar borong"

Ungkapan ‘feel good factor’ yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri 1-Malaysia, Najib Tun Razak telah menjadi bahan lawak di kalangan peniaga-peniaga di "pasar borong".

Maklumat ini diperolehi oleh penulis daripada tinjauan dan perbualan sembang-sembang penulis dengan peniaga-peniaga di pasar pagi tersebut.

Najib seringkali mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) akan diadakan hanya dengan kewujudan ‘feel good factor’. Apabila ditanya mengenai pendapatnya berkenaan dengan ‘feel good factor’ ini, seorang penjual sayur berkata:

“Ini merupakan kenyataan yang kelakar sekali di dunia sebab apabila ‘feel good factor’ wujud, saya dengan cepatnya akan pergi beli nombor 4-ekor dan saya akan menang sekurang-kurangnya RM120.

‘Feel good factor’ adalah satu petanda bahawa saya mempunyai nasib yang bertuah pada saat itu. Tetapi untuk seorang pemimpin negara menggunakan frasa ini memanglah kurang sesuai.”

Seorang penjual buah-buahan yang mempunyai gerainya di sebelah kanan mencelah dengan nada yang sinis, “PM kita ini memang mempunyai bakat.

Adakah kamu semua pernah mendengar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ataupun Perdana Menteri Great Britain, David Cameron berkata mesti ada ‘feel good factor’ dulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum?

Selain dari itu, tarikh Pilihan Raya Umum di Amerika Syarikat dan Great Britain selalu diumumkan dari awal-awal lagi oleh mereka.

PM kita macam takut saja nak umumkan tarikh!”

Jelaslah di sini bahawa ungkapan ‘feel good factor’ telah menjadi bahan sindiran di kalangan rakyat biasa yang bukan berpelajaran tinggi.

“Pilihan Raya Umum ialah untuk menentukan halatuju dan masa depan negara dan ia lebih penting daripada menjual ikan di pasar bukannya masa untuk mengadakan ‘feel good factor’ sebab ini bukanlah ‘tupperware party’ ataupun disko,” kata seorang penjual ikan sambil ketawa dengan kuat.

Seorang suri rumah yang sedang memilih ikan bawal di gerai penjual ikan itu menyuarakan harapannya bahawa “pemimpin-pemimpin negara lain di dunia tidak akan ketawakan kita.”

Dapat dirumuskan di sini bahawa ‘feel good factor’ memang bukan satu ungkapan yang sesuai bagi seorang pemimpin seperti PM Najib yang bercita-cita untuk menjadi seorang negarawan yang terunggul di dunia.

-RM

1 ulasan:

  1. What 'feel good factor, is he talking about? Hari2 kita dengar wakil BN bising tentang soal perkauman dan keagamaan. Sebenarnya rakyat bukan melayu tak mencabar hak orang melayu. Kita hanya menolak BN/UMNO yang tak adil dan mengabaikan rakyat miskin termasuk 40% orang melayu. Pemimpin2 BN/UMNO hanya memperkayakan diri dan kroni2 mereka saja.

    BalasPadam