Shahrir Samad masuk PAS jenaka 'April fools' - Khalid
DESAS-desus Datuk Sharir Samad meninggalkan Umno dan menyertai PAS yang disebarkan sejak pagi tadi kemungkinan adalah jenaka April Fools'.Demikian maklum balas adik wakil rakyat Barisan Nasional terbabit, Khalid Samad ketika dihubungi oleh PenangInsight.com.
"Itu semua jenaka April Fools. Kalau dia (Shahrir) masuk PAS, mesti dia beritahu aku dulu," ujar Khalid Samad.
Shahrir pernah menjadi calon bebas dan menang dalam pilihan raya sebelum kembali ke pangkuan Umno.
Khalid yang juga AJK PAS Pusat tidak menolak kemungkinan bahawa khabar angin itu didalangi oleh pihak tertentu sementara menungguh musim pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal Mei ini. - NotaKecil
P/S: Berita yg diambil dari PD sebentar tadi: "Bekas menteri Dato Shahrir Samad sertai PAS"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan