Pengikut

Khamis, 26 April 2012

Ayuh! Sertai Bersih 3.0

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyeru mahasiswa seluruh negara bersama menyertai Bersih 3.0 sekaligus menyokong lapan tuntutan mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mereformasi sistem pilihan raya negara.

Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamuddeen berkata, mahasiswa wajar menyertai himpunan Sabtu ini kerana dua himpunan Bersih sebelum ini tidak dihiraukan Perdana Menteri termasuk enggan membersihkan daftar pemilih.

“Gamis pada 28 April akan bersama 84 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia termasuk di 41 banda raya dan 14 negara lain, serentak menyatakan solidariti bagi menutut pilihan raya bersih dan adil,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Gamis turut menegaskan pilihan raya perlu bersih dan adil kerana ia adalah proses penting bagi rakyat memilih pemimpin untuk memerintah negara ini.

“Kita berpegang apa yang digariskan Islam untuk memilih pemimpin adil, berintegriti dan kompeten untuk memimpin negara.

“Sistem yang tidak telus bakal memberi kesan pada pemerintahan negara pada masa mendatang,” tegas pertubuhan itu.

Gamis sehubungan itu akan memaksimumkan kepakaran anggotanya seluruh negara untuk menjayakan himpunan Bersih sebagaimana peranan mereka pada himpunan sama pada 9 Julai tahun lalu.

Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma), Rohayu Rusli pula berkata, mahasiswa yang turun harus memahami mengapa mereka menyertai himpunan itu.

“Kita mesti hadir dengan kefahaman terhadap apa yang diperjuangkan Bersih 3.0 termasuk menyertainya secara berakhlak,” katanya.

Sumber - KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan