Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata beliau kesal kerana penyokong Pakatan bertindak "membuat bising dan bersikap membuli" di forum malam tadi, serta melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan pemimpin BN yang lain.
Tan (kiri) berkata penyokong Pakatan tidak dapat berdepan dengan kebenaran apabila beliau menyampaikan ucapannya yang menyentuh tentang "kenyataan seksis menyerang beberapa wanita" oleh pemimpin mereka, termasuk pemimpin DAP Hiew Kuan Yew dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
300 kerusi telah diperuntukkan kepada penyokong BN dan Pakatan. Penyokong BN, katanya, telah menunjukkan sikap "profesionalisme dan gentlement' mereka semasa menghadiri majlis tersebut.
"Penyokong Pakatan hanya datang untuk mengganggu forum tersebut, bukan untuk mendengar perbahasan yang rasional. Mereka menggunakan pelbagai kata-kata kesat dan ganas untuk menyerang saya," katanya kesal.
"Beberapa orang mengancam untuk memukul saya dan saya terpaksa diiring keluar dari majlis forum itu oleh penganjur dan kumpulan anggota RELA," tambahnya.
"Ini adalah politik samseng dan mesti dikutuk. Saya dijemput oleh pihak penganjur untuk bercakap mengenai isu-isu wanita, mengapa mereka tidak boleh mendengarnya secara profesional?" soalnya.
Tan berkata, ahli Pakatan seolah-olah tidak dapat menerima kritikan dan menasihatkan rakyat supaya berfikir masak-masak sebelum memilih mereka memerintah negara kerana mereka telahpun menunjukkan "sikap autoritarian" mereka.
Beliau berikrar untuk terus bercakap perkara yang benar dan sama sekali tidak gentar dengan tindakan ganas tersebut.
Siew Lai; Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Yee Kow.
Kira-kira 1,000 menghadiri forum tersebut dan ditunjukkan klip video Nik Aziz meminta wanita menutup diri mereka atau berpontesi menjadi mangsa rogol.
Apabila Tan menekankan ucapan seksis pemimpin Pakatan itu, penyokong mereka bertindak mengeboonya dan ada yang memanggilnya "Iao geh boh" (ayam tua), sambil berdiri dengan menuding ibu jari mereka ke bawah.
Moderator cuba menenangkan keadaan. emasa sesi soal-jawab,
seorang meminta pemimpin Pakatan yang hadir supaya menenangkan penyokong mereka.
Dan Chong Eng menjawab bahawa beliau hanya seorang penceramah dan tidak boleh campurtangan tanpa permintaan moderator.
"Inilah yang berlaku di Parlimen. Apabila seseorang mengadu, speaker akan kata kedua-dua belah pihak sama saja".
Sumber: M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan