Pengikut

Sabtu, 3 Mac 2012

Guru dipaksa sokong BN atau ditukar ke pendalaman

Pelbagai usaha dibuat untuk menyiasat dan menganalisis kekuatan Barisan Nasional di dalam memenangi PRU13. Risikan Polis dan tentera telah digunakan. Salah satu usaha yang dapat dikesan ialah melalui pelbagai borang kaji selidik.

Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru.

Borang itu menurutnya merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa kini.

Dan buat Guru-guru yang sekarang ini sedang mengajar di Semenanjung jika mahu merasa suasana mengajar di Sabah atau Sarawak pula sila berikan jawapan anda sebagai Sangat Tidak Setuju atau Tidak Setuju dalam borang kaji selidik ini..

Dijamin sebelum Pilihanraya anda akan ditukarkan ke tempat baru..


Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional.

Menurut beliau lagi, mereka sekeluarga bimbang jika menjawab dengan jujur tinjauan tersebut, maka dengan nada berseloroh beliau menjelaskan isterinya bakal dipindahkan ke Lahad Datu, Malaysia Timur atau mana-mana kawasan pedalaman dalam masa 24 jam.

Maka ramai guru-guru yang juga merupakan sahabat isterinya terpaksa mengisi jawapan-jawapan mebodek bagi menyelamatkan diri mereka dari dikenakan tindakan. Ini merupakan satu contoh yang dapat kita lihat. Walhal ribuan lagi seperti ini berlaku di luar sana.


Milo Suam / ASD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan