Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

SPRM mesti siasat semua TUN - Dr Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalankan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.

Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal lalu)".

Lim berkata, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim menyifatkan alasan Dr Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".Ditanya mengenai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka, Mahathtir menyambut baik perkara itu.

"Baguslah. Dulu ahli kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.

"Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan