Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square. Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO.

Chua (gambar kanan) menyindir DAP sebagai parti yang bijak menyolek imej dirinya, memberi contoh bagaimana parti yang mendakwa dirinya berbilang kaum itu selama ini hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina. Malah, Chua sekali lagi menyindir bahawa DAP tidak berani bertanding untuk mencabar UMNO.
Pakatan bersedia diperalatkan Rakyat
Lim yang berucap kemudiannya, mampu menjawab beberapa soalan, termasuk menyanggah tuduhan dengan mengemukakan hujah UMNO yang menyerang bahawa PAS dan PKR diperalatkan DAP. Malah Lim menambah, parti komponen Pakatan Rakyat bukan saling memperalatkan, tetapi hanya bersedia diperalatkan oleh rakyat.

Malah Lim menekankan sekurang-kurangnya 40% Melayu menyokong parti komponen PR dalam PRU 12, yang menyebabkan beliau mampu diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Chua-Lim bersilat lidah
Perdebatan semakin menyimpang dari tajuk, apabila memasuki pusingan seterusnya. Beberapa contoh dipetik oleh Chua, mahupun hadirin di bawah pentas, antaranya isu pengambilan komisen di Kedah yang didedahkan baru-baru ini, malah bantahan Pemuda PAS ketika Najib mengumumkan untuk memansuhkan kuota bumiputera - untuk menunjukkan PAS masih mengamalkan politik rasuah dan perkauman. Malah, Lim diserang dengan isu tender "kot" yang melibatkan Nga Kor Ming (bekas EXCO Pakatan Rakyat Perak), dan ketidaksampaian kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan manifesto pilihan rayanya.

Chua tidak menyerah begitu sahaja, mendakwa MCA yang berumur lebih 60 tahun, semestinya melakukan kesilapan, sementara kebaikan yang juga dilakukan pada masa yang sama. Namun, Pakatan Rakyat yang hanya berumur 3.5 tahun, telah menunjukkan rekod yang tercemar, menurutnya. Malah, Chua mendakwa MCA yakin dengan sistem penghakiman untuk menegakkan keadilan, berbeza dengan mereka yang mengerah demonstrasi apabila dibicarakan di mahkamah.
Ketika menggulung perdebatan, Lim lebih untuk mempromosi dasar Pakatan Rakyat, mengambil kesempatan untuk menyeru agar masyarakat Cina menyokong PR. Lim tidak menjawab isu Negara Islam, cuma membalas dengan "PAS tidak pernah membunuh orang Cina", tanpa sebut nama Teoh Beng Hock.

Debat itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang dalam dewan, terdiri daripada penyokong MCA, DAP, orang awam dan pengamal media, dengan kelebihan peluang soal diberikan kepada penyokong MCA - sehingga diprotes penyokong DAP. Pengerusi debat ini, Tang Ah Chai bagaimanapun memuji prestasi kedua-dua Lim dan Chua, dan berharap masyarakat ini memiliki keberanian untuk bersuara, dan kelapangan dada untuk mendengar pandangan yang berbeza. -MR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan