Anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut ajakan debat Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) menyatakan persetujuan itu melalui kenyataan bersama mereka hari ini.
Harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam memetik Raja Nong Chik mengajak diadakan debat satu sama satu secara terbuka.
Beliau dipetik sebagai bertanya anggota parlimen pembangkang itu sama ada orang miskin tidak layak mendapat rumah tanpa bantuan.
Menjawab persoalan itu, ketiga-tiga anggota parlimen Pakatan Rakyat itu berkata mereka menyokong hasrat memastikan golongan miskin bandar memiliki rumah bagaimanapun menegaskan ia menjadi tanggungjawab kerajaan, bukannya golongan pekerja.
"Oleh itu, kami lebih daripada gembira untuk berdebat dengan menteri berkenaan untuk kepentingan awam bagi memastikan isu yang relevan dilontarkan dalam suasana yang telus.
"Bagi memastikan orang awam menerima gambaran penuh terhadap kontroversi ini, debat itu mesti dijalankan di padang sama rata," menurut kenyataan itu lagi. - M'kini
p/s: Berani ka Raja Nong Chik berdebat... jangan pulak dibatalkan disaat akhir dengan memberi alasan yang bodoh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan