Dalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini.
"Seperti yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, saya rasa penduduk di negara ini sudah sedia menerima dan matang untuk menonton dan menganalisis perdebatan tanpa sebarang masalah."
Mahfuz berkata, ketika beliau adalah Ketua Pemuda PAS, beliau pernah mencabar Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berdebat.

"Saya juga bersedia memperbaharui cabaran saya kepada Hishammuddin (kanan) untuk berbahas dan ia boleh membabitkan sebarang tajuk," katanya.
Menurut Mahfuz, parti Islam itu telah menunggu untuk sekian lama, sejak tahun 1980-an, untuk berdebat dengan Umno.-M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan