
Harusani mengakui dia kenal dengan Hasan Akidah seorang yang berprinsip serta tegas mengenai Islam. Justeru katanya Hasan meninggalkan Pas kerana kecewa dengan Pas apabila Pas tidak melaksanakan Islam yang menjadi prinsip Hasan Akidah. Tahukah Harussani mengenai kronologi politik Hasan Akidah?
Saya tidak mahu berkata lebih dari itu mengenai pandangan Harusani itu. Cuma saya nak tanya apakah Hasan akan berdiri seperti Hasan hari ini kalau dia menjadi MB Selangor? Saya berani mengatakan sikap Hasan lebih lunak dan bertolakansur kalau dia jadi MB kerajaan Pakatan Rakyat.
Kenapa Hasan (kanan) seakan tegas dengan Islam bukan kerana prinsip yang Harusani anggapkan itu tetapi kerana dia bukan MB. Hasan boleh bercakap apa-apa saja mengenai Pas termasuk memburukkan Pas kononnya Pas tidak Islamik.

Bukankan Harusani pernah menghadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tujuan itu. Kononnya untuk perpaduan Melayu Harusani sanggup bekereta waktu malam dalam hujan lebat dengan Ahmad Awang untuk berjumpa dengan Nik Aziz.
Selepas Nik Aziz tidak memenuhi harapan dan beliau gagal menyakini Nik Aziz bermula detik itulah Harussani jadi skeptikal dengan Pas. Harusani tidak lagi meghormati Pas.
Boleh jadi kalau Harussani berjaya mempengaruhi Nik Aziz agar mengadakan kerjasama dengan Umno, Hasan Akidah yang dikenali benar itu menjadi MB Sdelangor.
Senario dan perkembangan itu memberi kefahaman kepada kita kenapa Harussani memuji langkah Hasan Akidah itu dan menyokong Hasan Akidah berjuang menegakkan Islam menerusi Ngo. Molek juga nasihat Harusani itu kerana Hasan Akidah tidak lagi menjadi musang berbulu ayam kepada Pas. -MSO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan