Pengikut

Jumaat, 17 Februari 2012

Debat tol diteruskan

Debat perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi membahaskan isu pemansuhan tol akan tetap diteruskan walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob belum memberi sebarang maklum balas.

Pengerusi penyelaras penganjur, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, debat yang disertai Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan membahaskan tajuk “Adakah Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol LebuhRaya” dan berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth pada jam 10 malam, 29 Februari ini.

Beliau berkata, mereka sudah menempah dewan, menyediakan dua 'rostrum' dan meja moderator untuk memastikan kelancaran debat selain sistem pembesar suara dan skrin layar putih.

"Pemuda Pakatan Penang tetap meneruskan debat ini kerana kami mahu mendedahkan kebenaran yang disembunyikan Kerajaan Pusat selama ini mengenai keuntungan berbilion ringgit yang dikaut daripada konsesi tol lebuh raya di seluruh negara.

"Debat ini memberi ruang seadil-adilnya kepada kedua-dua pihak untuk meyakinkan rakyat adakah benar negera akan bankrap sekiranya tol lebuhraya dimansuhkan," katanya di sini, hari ini.

Syed Mikael berkata, setakat ini mereka hanya menerima surat pengesahan kehadiran Guan Eng dan masih menanti maklum balas Nor Mohamed, yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor, walaupun tempoh tujuh hari yang diberikan tamat 7 Februari lalu. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan