Kompleks Bazar Perdana yang terletak di Bandar Perda Bukit Mertajam sepatutnya berdiri megah sebagai sebuah kompleks perniagaan bagi peniaga setempat yang kebanyakannya adalah orang Melayu untuk menjana ekonomi. Tetapi, malangnya sehingga hari ini ia gagal berfungsi mengikut perancangan hingga menyebabkan peniaga yang membeli lot-lot kedai di kompleks ini terpaksa menanggung kerugian.
Difahamkan kompleks ini telah menerima sijil layak untuk diduduki sejak dari tahun 2003 tetapi sehingga kehari ini bangunan kompleks dibiar usang dan mula mengalami kerosakan. Kini bangunan Bazaar Perdana ini hanyalah sebuah bangunan gajah putih yang tersergam indah tanpa penghuni. Apa permasalahan sebenar dan kesudahan nasib pembeli-pembeli kedai di kompleks ini?
Pihak pemaju yang di terajui oleh Dato’ Musa sendiri telah gagal untuk menguruskan bazaar tersebut . Akibat daripada kegagalan itu pemilik-pemilik bazaar berkenaan menanggung kerugian dari segi ekonomi yang berpanjangan. Pemaju telah mengaut keuntungan tapi yang menanggung kerugian adalah pembeli lot-lot kedai di kompleks ini.
Pembeli lot-lot kedai di kompleks ini amat berharap ada pihak yang tampil untuk membantu mereka bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan