Pengikut

Jumaat, 27 Januari 2012

Trio Datuk T nak tayang satu lagi video seks?

KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas dakwaan salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim (gambar) yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.

“Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.

Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.

Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar. -KeadilanDaily


Laporan Malaysikini dibawah:-

Datuk T dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat'

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketuaPautan umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

datuk t charged 240611 shuib lazimDalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai. -M'kini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan