Pengikut

Selasa, 3 Januari 2012

Raja Petra dicabar berdepan ahli PKR jika berani

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mencabar Raja Petra Kamarudin, yang mempertikaikan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu wawancara kelmarin, agar berhadapan dengan ahli parti itu dan tidak hanya 'menyorok' jika beliau benar-benar berani.

Beliau turut mempersoalkan kewibawaan pengendali blog Malaysia Today itu mengkritik Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Raja Petra menerusi tiga akhbar edisi Ahad keluaran Kumpulan Utusan dan New Straits Times tidak relevan.

"Siapa dia (Raja Petra) untuk menentukan hala tuju parti? dia bukan ahli PKR dan dia bukan siapa-siapa. Kalau dia berani, datang dan berhadapan dengan kami.

"Bukan dia yang menentukan (hala tuju parti), tetapi rakyat," katanya selepas sidang media Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di sini.

Raja Petra (gambar kiri) dipetik mengkritik Anwar sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia kerana mempunyai isu moral.

Katanya, ketua pembangkang itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi kewangan Selangor dan mentadbir negara.

Raja Petra turut mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat menayangkan video seks yang pelakunya kelihatan seperti Anwar. -SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan