Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

NFC: Shamsubahrin dakwa dipaksa rasuah polis

PKR hari ini mendedahkan bahawa terdapat arahan daripada pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Mohamad Salleh Ismail kepada ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin agar merasuah polis.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mendedahkan perkara tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat Shamsubahrin pada 27 Januari lalu di Pondok Polis Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Shamsubahrin dalam laporan itu memberitahu beliau menerima sistem khidmat pesanan ringkas (sms) dari Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, supaya merasuh anggota polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

Sivarasa ketika mendedahkan laporan polis itu berkata, Shamsubahrin dilantik oleh NFC sebagai Perunding dan Penasihat Korporat pada 24 dan 28 November tahun lalu untuk membersihkan masalah dalam NFC.

“Datuk Salleh juga memberi arahan untuk saya berhubung dengan polis berkenaan kes-kes siasatan terhadap NFC dan saya telah diarahkan untuk memperjelaskan dan menerangkan proses perniagaan NFC kepada polis.

“Walaubagaimanapun, saya dalam pelantikan tersebut telah menerima pesanan dan tekanan daripada Datuk Salleh meminta saya menutup kes NFC itu dengan polis melalui pesanan sms menekan saya supaya nembayar rasuah kepada pihak polis untuk menutup kes NFC tersebut,” Laporan polis berkenaan dipetik.

Shamsubahrin, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif NFC Mohamed Salleh, kini ditahan di lokap Sungai Buloh.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, bukti yang dikemukakan dalam laporan itu bagaimanapun kini berada di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Maklumat ini kita dapat daripada telefon beliau, sebelum ini pihak SPRM telah mengambil kesemua telefon beliau sebelum mengembalikannya tetapi terdapat satu lagi masih berada di tangan SPRM yang ada bukti penting ini.

“Walaupun ada di tangan pihak berkuasa tapi ia sudah ada dalam simpanan kita," katanya. -Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan