Pengikut

Rabu, 4 Januari 2012

Najib tiru lagi janjikan Pakatan didalam buku jingga

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya meniru satu lagi janji Buku Jingga Pakatan Rakyat, iaitu menyelaras gaji minima sektor swasta selaras sama dengan sektor awam.

Penyelarasan RM900 gaji minima dalam sektor swasta yang diumumkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) itu sekaligus memberi kemenangan pada tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama ini.

Sumber mendedahkan kerajaan, majlis serta wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sebulat suara bersetuju dengan desakan MTUC sebelum suatu laporan penuh dihantar ke Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa teknikal sudah selesai menjalankan tanggungjawab dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramniam.

Semua pihak yang terbabit dengan MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh perlaksanaannya, iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan kabinet,” katanya semalam.

Ketetapan terbaru itu bagaimanapun masih menggamit perbagai persoalan, termasuk dianggap bermotif politik sempena pilihan raya umum ke-13 yang diramal awal tahun ini.

Ini kerana, dilaporkan, cadangan kerajaan Umno Barisan Nasional mahu melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk semua pekerja di negara ini masih belum melalui proses pengubalan akta di Parlimen Malaysia.

Dua tahun lepas, bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamad mendedahkan, kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah paras RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.

MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili sektor swasta menuntt polisi gaji minima ini sejak 1999 lagi tetapi ditolak oleh kerajaan Umno BN secara mentah saban tahun.

Selepas kesatuan tersebut baru-baru ini melancarkan perang dingin dengan pentadbiran Najib serta memberi isyarat untuk menyokong Pakatan Rakyat secara tidak langsung dalam pilihan umum depan, baru hari ini kerajaan pusat tuduk pada tuntutan mereka.

Sumber berkata pelaksanaan RM900 gaji mina dapat membendung kebanjiran pekerja asing selain menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor am rendah di negara ini.

“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum…,tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan,” katanya. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan