Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

Anwar sokong YAHUDI, Umno PENCACAI YAHUDI!

Anwar dituduh seorang yang simpati dan menyokong negara haram Yahudi. Anwar dituduh akan melindungi kepentingan dan keselamatan Yahudi. Itulah serangan terbaru Umno dan pencacainya terhadap Umno. Sesiapapun atas dunia jika ia seorang yang waras dan tiada kepentingan tidak sanggup untuk bersimpati dan menyokong bahkan melindungi Yahudi.

Anwar dikatakan sokong Yahudi hanya dengan satu kenyataan yang boleh kita tafsirkan dari pelbagai sudut. Tafsiran masing-masing adalah berbeza. Maksud yang tersirat dari apa yang dilaporkan media hanya diketahui oleh orang yang mengucapkannya iaitu Anwar. Media sebagai pelapor hanya melaporkan apa yang didengar tetapi tidak dapat melaporkan apa yang tersirat di dalam hati. Malah lebih teruk media seringkali memutar dan mereka-reka cerita demi kepentingan masing-masing lebih-lebih lagi media yang menjadi pencacai Umno. Spin sana spin sini sudah jadi wirid harian mereka.

Yang pasti kerajaan telah menjadikan Apco sebagai guru penasihat mereka. Anak murid sudah tentulah akan ikut jejak langkah Tok Guru. Pemimpin Umno/BN terhegeh-hegeh berjumpa dengan pencacai Yahudi di US. Malah berbangga pula dapat berjumpa dengan pemimpin US yang terkenal sebagai pencacai Umno. Ada pemimpin Umno yang berjumpa dengan pemimpin Yahudi ...apa tujuan berjumpa? Itu kena tanya pemimpin Umno tersebut.

Dalam keadaan mereka berselimut dengan selimut Apco dan berfikir dengan pemikiran Apco mereka cuba pula memalitkan Anwar dengan Yahudi. Ini tuduhan lama yang diulantayang. Sedangkan merekalah beriya-iya hendak bertemu dengan pencacai Yahudi dan berbangga pula diterima berjumpa dengan pencacai Yahudi. Kalau boleh hendak cium tangan dan tapak kaki pencacai Yahudi tersebut ................ -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan