Pengikut

Selasa, 13 Disember 2011

The Star bongkar satu lagi beg Rosmah!

SEPERTI yang kita tahu, Rosmah Mansor memang gemarkan beg tangan mewah jenama Hermes Birkin yang harganya mahal nak mampos sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Biasalah perempuan, semua nak sepadan. Kalau pakai baju biru, beg tangan pun nak warna biru. Kalau pakai baju kuning, beg tangan pun nak warna kuning. Lantaran itulah Rosmah memiliki banyak koleksi beg tangan mewah jenama Hermes Birkin.

Terbaru, portal berita milik MCA, The Star menyiarkan gambar Rosmah bergaya dengan satu lagi koleksi beg tangan Hermes Birkin miliknya.

Memandangkan bajunya berwarna merah, The Star mendedahkan Rosmah bergaya dengan beg tangan berwarna merah juga [The Star].

Baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100) [Free Malays].


Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.

Kalau tak usik gaji Najib setahun pun tak cukup nak beli seutas beg tangan Hermes Diamond Birkin. Apa lagi nak beli berutas-utas untuk dipadankan dengan baju-baju Rosmah? -MiloSuam

p/s: Dari kecil ke Isteri PM kita ni menabung?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan