Pengikut

Sabtu, 10 Disember 2011

Pelancaran ABU ‘Asal Bukan Umno’ di Pulau Pinang

Memang fokus ABU tumbangkan Umno!

Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah milik seluruh rakyat Malaysia kerana sentimen nasional ini telah lama bersabar dengan kezaliman UMNO.

Sentimen ABU ini dijangka akan membenamkan Umno di PRU13 dalam skala yang lebih besar berbanding Tsunami Politik 2008.

Sesiapa pun layak mengaku ABU ini sebahagian daripada maruahnya demi menolak kezaliman Umno yang maha dahsyat di tanah air kita ini.

Fokus kami, Jingga 13 Pulau Pinang selain menggandakan usaha mendedahkan kezaliman parti rasis Umno BN, kami juga akan menyediakan angkatan anak muda ke jalan raya sekiranya PM masih berdalih dalam melaksanakan semua cadangan mereformasi sistem pilihan raya umum.

Kami tekad untuk menggoncang keangkuhan Umno walaupun dalam mimpi ngeri para pemimpim mereka yang zalim-zalim belaka.

Kami selut akar umbi Umno yang menyokong ABU walaupun secara sembunyi-sembunyi.

Kami selut semua pihak termasuk wakil rakyat Umno sendiri yang komited memasukkan dana untuk agenda menyelamatkan Malaysia dari kezaliman Umno.

Selut untuk Dr Rohana Ariffin (Presiden PRM), Chong Kai (wakil PSM), Aidil Fitri (Ketua SMM Pulau Pinang), Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang), wakil MCLM, wakil PAS, kaum wartawan dll yang hadir sidang akhbar di George Town White Coffee, Komtar Walk pada 11 pagi (kemarin).

Semua yang menyokong ABU wajib diselut ASALKAN BUKAN UMNO! -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan