Pengikut

Rabu, 7 Disember 2011

Melayu untung… Umno Pulau Pinang tak senang...

Fakta yang membinbangkan UMNO Pulau Pinang...

Apabila berlaku tender terbuka, majoriti umat Melayu dapat merasa kekayaan negeri/negara tidak kira parti ataupun keturunan ataupun anak-beranak pimpinan.

Namun, apabila dilakukan tender tertutup seperti yang digemari UMNO, maka yang beruntung hanyalah pemimpin2, anak beranak pemimpin dan kroni2 mereka.

Itulah maksud sebenar "Ketuanan Melayu" yang diperjuangkan UMNO. Perjuangan yang bertujuan mengkayakan hanya pemimpin2 UMNO, anak beranak pemimpin2 UMNO serta kroni2 mereka.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Orang Melayu kebanyakan macam saya tidak harus kaya. Kalau kita kaya dan berwang, maka kita boleh menentukan nasib kita. Selagi orang Melayu miskin dan merempat, mereka terpaksa bergantung harap dengan UMNO. Oleh sebab itu, kekayaan hanyalah untuk mereka2 yang dianggap taat setia dengan UMNO.
Artikel dibawah diambil dari blog Zainulfaqar di sini.

Tender tertutup, kroni-kroni Umno untung. Tender terbuka, orang-orang Melayu untung.

Majalah Penang Penang Economic Monthly Oktober lepas mendedahkan, kontraktor Melayu yang berwibawa berjaya mendapat hampir 50 peratus (RM262.5 juta ) projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melalui tender terbuka.

Mereka bukan orang Umno, Gerakan, MCA, MIC atau mana-mana party-man BN. Mereka juga bukan orang DAP, PKR atau PAS.

Mereka adalah R.A.K.Y.A.T berbangsa Melayu. Mereka bukan party-man. Mereka dipilih atas wibawa dan kebolehan mereka melalui tender terbuka.

Umno selalu kata, orang Melayu akan terpinggir jika “kerajaan DAPig’ Pulau Pinang menghapuskan tender tertutup. Mengapa?. -NotaMerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan