Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

Guan Eng menyelam dengan Scorpene, Zahid takut nak ikut?

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menyertai mereka.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Langkawi pada kira-kira jam 2.30 petang, Zahid (kiri, putih) mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri."

Apabila sama ada taklimat akan diberi kemudian selepas mereka menaiki Scorpene, Zahid secara bergurau berkata, "Mereka pasti balik," sambil memeluk Lim, menyebabkan hadirin di situ ketawa melihatnya.

Ketika bercakap kepada pemberita sebelum itu, Zahid berkata ia bertujuan untuk membolehkan pihak pembangkang menyaksikan keadaan kapal selam tersebut.

"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan atur (untuk mereka)".

Zahid telah mengatur lawatan tersebut untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.

Sementara pembantu Lim - Lim Kim Fei dan pengawal peribadinya, Azmi Kechik - tidak dibenar mengiringi ketiga-tiga mereka.

Lim (kiri) dan dua timbalannya akan tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada jam 1.30 tengahari dan pada jam 2 petang, sebuah helikopter akan menerbangkan mereka ke lokasinya.

Delegasi Lim dijangka kembali di Hotel Awana Porto Malai pada jam 4 petang.

Mereka kemudiannya akan menghadiri demonstrasi maritim dan lawatan ke pameran statik kapal perang.

Sementara itu, wartawan yang membuat liputan, dibawa dalam perjalanan selama lima jam, ke sebuah kapal di perairan Kuala Perlis untuk menyaksikannya. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan