Penulis kolum Utusan, Awang Selamat adalah pemegang rahsia kepada apa jua. Dia sangat hampir dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang penting. Mereka memberitahunya pelagai perkara dan beliau akan menyebarkannya. Misalnya, dia mungkin juga tahu rahsia disebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan juga komplot Liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim.
Tetapi sebagai seorang hamba yang patuh pada tuannya, dia perlu berdiam diri atas kedua-dua hal ini yang sangat ingin diketahui oleh rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun , bagaimanakah dia mempunyai pengetahuan terhadap rusuhan yang dijangka berlaku pada masa akan datang?
Adakah dia memiliki satu bebola kristal atau dia telah diberikan sedikit maklumat oleh bos-bos UMNOnya? Adakah ini cara Perdana Menteri Najib Razak memberitahu orang ramai bahawa beliau dan parti beliau akan menggagalkan Anwar dalam perbicaraan liwat yang bermaksud untuk memenjarakan Anwar sebelum pilihan raya umum ke-13.
Jangan berpura-pura
Sudah pasti kelihatan seperti UMNO cuba bersungguh-sungguh untuk berpura-puranya tidak mengetahui hasil perbicaraan Liwat II. Keseluruhan rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor akan memastikan satu keputusan 'Bersalah' yang akan memberi ganjaran kepada mereka. Ini kerana Anwar Ibrahim, yang menjadi gel kepada Pakatan Rakyat dalam pasukan pembangkang bakal mengancam rezeki mereka.
Tetapi Najib belum berputus asa dan telah memasang jerat untuk Anwar. Ya, UMNO sedang memerangkap Anwar untuk sebuah lagi perangkapnya dan pesuruhnya tidak lain dan tidak bukan Utusan.
Walau apa pun yang dilakukan Najib, bekas perdana Mahathir Mohamad, PERKASA and UMNO, segalanya telah menemui kegagalan. Pakatan Rakyat semakin kukuh dan sokongan kepada mereka tidak surut. Ini boleh sahkan oleh keputusan mendadak Najib untuk mewujudkan satu saluran televisyen - TV 1Malaysia - untuk menyaingi media pembangkang.
Presiden UMNO dan PM itu telah memperuntukkan RM10 juta untuk perang siber menentang Pakatan. Najib perlu membenarkan demonstrasi pelajar diteruskan dengan aman kerana beliau takut apa-apa tindakan keras akan mencetuskan kemarahan di kalangan belia untuk parti dan gabungan partinya.
Undi belia adalah undi penentuan. Najib juga sangat akomodatif dengan tuntutan-tuntutan kesatuan sekerja tetapi masih tidak mampu menenangkan mereka. Pembayaran RM500 bagi yang layak nampaknya tidak berhasil. Kedai-kedai KR1M telah terbenam oleh publisiti buruk yang banyak. Kelihatan semua usaha-usaha mereka sia-sia.
Mahu menang dengan apa jua cara!
PRU13 akan menjadi ibu kepada semua pilihanraya dan UMNO merancang untuk menang dengan apa cara sekalipun. Terlalu banyak yang bakal dipertaruhkan. Mereka tidak mampu untuk kehilangan kuasa kerana kemenangan Pakatan akan mencederakan empat broker kuasa dalam parti - Mahathir, bekas Menteri Kewangan -Daim Zainuddin, bekas Perdana Menteri- Abdullah Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang -Tengku Razaleigh Hamzah.
Sekiranya Pakatan mendapat kerajaan persekutuan, golongan elit UMNO akan didakwa untuk jenayah mereka. Perbuatan-perbuatan mereka yang salah akan didakwa di mahkamah. Oleh itu, masa depan kewangan mereka akan terjejas!
Ahli-ahli UMNO secara amnya adalah naif dan mereka mempercayai bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi mereka menjaga kepentingan. Sebenarnya,
"para pencuri" ini tidak langsung mementingkan Malaysia! Jika tidak, Malaysia akan menjadi makmur dan tidak berada diambang kebankrapan pada hari ini!
UMNO begitu terdesak untuk memenangi PRU-13 dan sanggup bermain dengan api dan menjejaskan keselamatan awam dan keharmonian. UMNO juga sanggup melihat wujudnya kekacauan awam berikutan keputusan perbicaraan kes liwat.
Beberapa kemungkinan termasuk keganasan terhadap golongan belia
Ada beberapa senario yang mungkin terhasil daripada keadaan ini. Jika terdapat protes jalanan maka UMNO akan menggunakan ini untuk faedah mereka dengan menahan semua pemimpin penting PKR dan ini akan memberikan impak yang besar kepada Pakatan Rakyat apabila menghadapi PRU 13 apabila semua pemimpin-pemimpin tertinggi mereka dipenjarakan. UMNO akan melakukan cara ini kerana mereka tidak ada cara lain untuk menahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Malaysia mempunyai anak-anak muda yang sanggup melakukan protes jalanan seperti yang terbukti dalam perhimpunan BERSIH. Kebencian dan kemarahan di kalangan pelajar universiti telah mencapai tahap di mana mereka sudah tidak takut pada AUKU yang juga menindas mereka. Mereka telah melihat kebangkitan negeri-negeri Arab dan bersedia untuk mencontohi mereka. Rusuhan kali ini boleh menjadi ibu kepada semua rusuhan! Mereka tidak akan kehilangan apa-apa kerana mereka telah kehilangan segala-galanya kepada UMNO sejak 54 tahun yang lalu!
UMNO berfikir bahawa FRU dan tentera boleh dipanggil, tetapi yakinlah bahawa terdapat juga mereka yang memakai uniform tersebut yang benci pada UMNO! Terdapat banyak juga mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang benci pada UMNO!
Apabila keganasan sudah tidak dapat dibendung lagi, adakah UMNO bersedia untuk membunuh belia kita?
Darurat
Dalam kes ini, UMNO tidak akan dapat mengadakan PRU-13. Pilihan raya tidak akan dilangsungkan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang masih berada di dalam penjara. Untuk memastikan ada sedikit kredibiliti, beberapa pemimpin pembangkang akan dilepaskan terlebih dahulu dan barulah boleh PRU-13 diadakan dalam masa yang sesingkat mungkin -menafikan pembangkang masa untuk bersedia menghadapinya.
Tetapi sentimen di kalangan para pengundi pada masa itu akan benar-benar kejam terhadap UMNO, mereka hampir pasti akan berpaling ke arah Pakatan Rakyat.
UMNO pada masa yang sama masih berkuasa boleh sahaja mengumumkan darurat. Malaysia akan berada dalam keadaan huru-hara apabila semua rakyat berbilang kaum tidak lagi takut pada mereka dan hanya akan memenuhi jalan-jalan. Mereka sudah bosan dengan UMNO.
Jadi, adakah ini yang Awang Selamat sediakan untuk rakyat Malaysia? Sudah tentu, beliau adalah penghasut!
Tiada sebab untuk Pakatan Rakyat menjadi gundah apabila ia mempunyai kelebihan
Sebaliknya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih waras dan belum nyanyuk lagi, tidak seperti Awang Selamat. Walaupun dengan Anwar dalam penjara, Pakatan masih boleh menang PRU 13 kerana gelombangnya sudah ada.
Selepas menang, Azmin Ali berkata bahawa Anwar akan dibebaskan. Lebih-lebih lagi penyokong Anwar dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan ini berlaku. Ia tidak akan jatuh ke dalam perangkap UMNO yang akan menjejaskan segala-gala yang mereka telah dibina setakat ini. Pakatan akan mendapat lebih banyak penyokong dan undi hari demi hari tanpa menggunakan keganasan.
Kualiti parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga telah bertambah baik kerana mereka telah berjaya menyingkirkan kuda Trojan, talam dua muka, pengkhianat, orang UMNO, pemalas, orang yang tidak ikhlas, dan individu yang mementingkan diri sendiri.
Walaupun UMNO-BN masih penuh sesak dengan manusia seperti ini, mereka masih mampu untuk menambah beberapa orang lagi dengan mengambil orang buangan PAS dan PKR seperti Zul Noordin, Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan sebagainya. -Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan