Pengikut

Rabu, 7 Disember 2011

Bila angin monsun bertiup kencang

Desakan dan tekanan rakyat yang dahagakan perubahan seperti tercetusnya ‘Arab Spring’ dan seterusnya merebak ke Singapura dan Thailand (seperti mana terbukti dalam keputusan pilihan raya mereka baru-baru ini) menjadikan Perhimpunan Agung Umno fokus utama.

Para pemerhati sedang mencari isyarat bagi menjawab soalan yang kritikal ketika berdepan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Adakah Umno – salah sebuah parti politik di dunia yang paling lama memerintah – juga akan tumbang dilanda arus kebangkitan rakyat kali ini?

Isyaratnya banyak. Setelah menonton siaran langsung sesi perasmian perhimpunan itu baru-baru ini, gambaran pertama yang saya perolehi ialah para pemimpin utama parti itu yang berada di atas pentas kelihatan resah dan bimbang.

Perasaan kurang keyakinan diri tidak dapat dipadamkan yang terbit dari ucapan pembukaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ucapannya hambar, tidak mengandungi isi yang konkrit, yang boleh memberi keyakinan bahawa segala-galanya berjalan dengaan baik dan Umno mempunyai kekuatan untuk membawa negara ini menuju masa depan yang lebih baik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam tempoh beberapa hari mereka berhimpun, para pemimpin Umno seperti biasa memainkan sentimen perkauman dan membelasah pemimpin-pemimpin pembangkang.

Namun pada perhimpunan ini kelihatan agak unik dimana para pemimpin sesama mereka merayu supaya tidak bertindak menikam dari belakang dan melakukan khianat dari dalam. Justeru semua perwakilan bersatu dalam melafazkan ikrar taat setia kepada parti dan presiden parti.

Dalam ucapan penutup, Najib memberi amaran kepada para perwakilan bahawa jika Umno tewas kali ini, bermakna masa depan orang Melayu, agama Islam dan raja-raja menjadi gelap.

Mengalih sasaran ucapannya kepada “28 juta rakyat Malaysia”, secara spontan beliau menegaskan, sama ada mereka (rakyat) memilih semula kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk masa depan yang lebih cerah atau menghadapi saat kehancuran di bawah pembangkang.

Semboyan perang


Mengimbau kembali episod ini, kesimpulan yang dapat saya buat ialah perhimpunan ini merupakan satu bentuk latihan untuk memukul gendang perang dan mengajak ahli-ahli supaya bersiap siaga untuk terjun ke medan perang.

Tidak ada perbahasan berhubung cabaran semasa yang kita hadapi, atau bagaimana BN boleh menyelamatkan negara ini dari terus dilanda kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan krisis hutang Eropah yang memberi kesan buruk kepada ekonomi dunia dan bagaimana BN dapat membantu rakyat dalam menghadapi keperitan hidup dewasa ini.

Walaupun Najib ada menyentuh tentang perkara ini dengan merujuk kepada pelbagai program transformasi yang diperkenalkan tetapi beliau tidak membentangkan sesuatu program yang konkrit selain dalam bentuk slogan semata-mata.

Najib cuba untuk mengharumkan nama Umno dengan mendakwa kononnya mempunyai rekod yang cemerlang. Namun dakwaan beliau itu lebih banyak menimbulkan kesangsian dari keyakinan memandangkan Malaysia sudah jauh ketinggalan dalam semua bidang berbanding Singapura, Korea Selatan ddan Taiwan.

Malahan, Malaysia sekarang ini sedang berhempas pulas untuk menyaingi negara-negara yang dahulunya mundur seperti Indonesia dan Thailand dalam bidang ekonomi dan pasaran bebas.

Satu perkara yang tidak dapat disembunyikan ialah dari perbahasan yang berlangsung kini ternyata Umno sedang bergelut untuk terus menyabung nyawanya sendiri; bukan untuk membawa kesejahteraan kepada negara ini maupun untuk membantu orang-orang Melayu.

Jika sekiranya semua berjalan dengan baik seperti yang didakwa, kenapa hutang kerajaan Malaysia semakin parah dengan mencatat rekod belanjawan defisit selama 15 tahun berturut-turut walaupun memperolehi keuntungan yang lumayan hasil dari harga minyak yang melambong tinggi?

Kenapa nisbah pelaburan swasta berbanding Keluaran Negara Kasar (GDP) masih tersangkut pada takuk lama iaitu 10% (antara paling rendah di rantau ini) sejak tahun 90an walaupun kita berada pada tahap tinggi 37%.

Kenapa rakyat hidup sengsara berikutan kos sara hidup dan harga barangan semakin meningkat manakala jumlah pendapatan dan gaji masih berganjak dan statik?

Tansformasi, satu ilusi

Jika program Najib berjaya dilaksanakan kenapa gejala rasuah semakin buruk di negara ini seperti laporan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International dan ketirisan terus berlaku dalam pentadbiran BN seperti dilaporkan dalam keluaran terbaru Laporan Ketua Audit Negara.

Jika benar BN mengambil berat tentang kehidupan semua lapisan masyarakat dan bangsa seperti yang mereka dakwa, kenapa ketegangan agama dan bangsa secara mendadak semakin buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Para pemimpin Umno pula menggunakan perhimpunan itu sebagai medan untuk membelasah pembangkang dan menakut-nakutkan orang-orang Melayu bahawa bencana bakal menimpa bangsa dan agama, malahan mala petaka akan menimpa negara ini, jika Umno tidak dipilih semula memegang kuasa.

Umno mendakwa jika Pakatan Rakyat berkuasa, orang Cina akan memerintah negara ini melalui DAP dan orang Melayu akan hidup merempat, Islam diganti dengan Kristian dan nasib raja-raja Melayu tidak terbela.

Tetapi dakyah Umno ini dengan mudah dipatahkan oleh DAP dengan merujuk kepada pilihan raya umum (PRU) 2008. Pada PRU 2008, DAP hanya meletakkan 47 calon sahaja, berbanding 97 calon PKR dan 66 PAS untuk merebut 222 kerusi parlimen.

Di samping itu, ahli PAS semuanya Melayu dan PKR didominasi oleh Melayu. Jadi, bagaimana mungkin DAP menewaskan PKR dan PAS – termasuk Umno – untuk muncul sebagai kuasa besar dalam politik Malaysia?

Hakikat bahawa Umno terpaksa menimbulkan isu-isu yang tidak berasas bagi menakut-nakutkan rakyat untuk mencapai matlamat politik mereka adalah jelmaan dari rasa kecewa dan terdesak.

Pakatan terus cemerlang

Najib dalam ucapan penutupnya berkata Pakatan, jika dipilih, akan menghancurkan negara ini.

Tetapi bagaimana mungkin perkara ini boleh terjadi apabila negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan mendapat pengiktirafan dan pujian dari Ketua Audit berdasarkan pengurusan kewangan berhemah dan bebas rasuah serta mentadbir dengan kebertanggungjawaban dan ketelusan?

Bukankah hakikatnya mereka telah mengurus dengan baik apabila terbukti dengan kemasukan pelaburan asing yang semakin meningkat walaupun didera dan dianaktirikan oleh kerajaan BN?

Bukankah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan melayan semua bangsa secara adil dan saksama?

Memandangkan para pemimpin Pakatan berjaya mentadbir dengan baik, bukankah ini yang Malaysia perlukan untuk mengembalikan keyakinan para pelabur asing dan menjamin masa depan yang lebih baik?

Saya pasti rakyat mampu berfikir secara waras bagi membuat pilihan yang betul, jika segala maklumat yang benar didedahkan kepada mereka. Makanya, pertarungan dalam pilihan raya umum akan datang merupakan sebuah medan peperangan dari segi penyampaian maklumat.

Jika Pakatan berjaya memberi gambaran yang sebenar kepada majoriti rakyat walaupun BN mencekam media masa dengan ketat sekali,

pada masa yang tepat bagi menghadapi pilihan raya nanti, maka
Perhimpunan Agung Umno itu akan menjadi sia-sia belaka.

Perhimpunan ini amat sesuai dimasukkan dalam lipatan sejarah sebagai kenangan kerna menjadi medan bagi menimbulkan kesedaran rakyat betapa buruknya jika terus bergantung kepada sistem politik feudal yang lapuk.

Kesedaran sebegini akan menjadi penentu kepada perubahan dengan menggantikan politik perkauman kepada politik rakyat dan memberi kuasa kepada Pakatan untuk membawa era baru untuk negara ini. -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan