Pengikut

Khamis, 10 November 2011

Noh Omar bohong untuk bela Shahrizat!

SEMAKAN dalam hansard parlimen bertarikh 31 Oktober 2011, muka surat 105, Noh Omar dilihat cuba membela kegagalan projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mendakwa setakat ini, kerajaan hanya meluluskan RM181 Juta sehingga 31 Julai 2011 kepada syarikat keluarga Shahrizat Jalil (Sebut Kroni), National Feedlot Corpration Sdn Bhd.


Namun begitu hasil carian penyata kewangan NFC di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM mendedahkan sebaliknya. Kerajaan sebenarnya telah memberi kesemua pinjaman berjumlah RM257 juta kepada National Feedlot Corpration, NFC.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dokumen SSM ini mendedahkan bahawa Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518.

(klip gambar untuk besarkan)

Ini jelas menunjukkan bahawa NFC sudah menerima sepenuhnya wang RM257 juta pinjaman kerajaan. Kekurangan sebanyak RM917,482 (RM257,000,000-RM256,082,518) pula menggambarkan sebahagian pembayaran balik yang telah dibuat oleh NFC.

Banyak skandal Shahrizat Jalil dan projek Fidlot Nasional yang diberikan oleh kerajaan kepada keluarga Shahrizat (sebut kroni). Satu persatu akan didedahkan, nampaknya karier politik Shahrizat sudah sampai ke penghujung.

Nantikan pendedahan selepas ini, bagaimana lembu-lembu Shahrizat Jalil boleh tinggal dalam kondominium berharga RM9.785 juta. Makin dekat nak pilihanraya, budaya cantas-mencantas dalam Umno semakin hebat! -MiloSuam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan