Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada Keadilan Daily beserta bukti bergambar.
Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Mengikut gambar yang diemel, sesi ‘cuci otak’ dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang.
Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.
Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya.“Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa,” katanya. -KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan