Mohd Najwan Ali , yang kini merupakan pegawai khas di pejabat penasihat ekonomi Selangor berkata, Saiful lazimnya pro-Barisan Nasional ketika berada di universiti, malah melabel Anwar sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai.
“Dia (Saiful) membenci Anwar,” kata Najwan.
Katanya, dia tahu pengadu sejak 2003 ketika kedua-dua mereka belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan tinggal di dormitori yang bertentangan.
Najwan (gambar) berkata dia terkejut apabila mengetahui Saiful yang telah menjadi staf Anwar pada 2008 dan malah pernah memberi Anwar amaran menerusi satu e-mel.
"Saya mengingatkan Anwar sebab saya fikir Saiful tidak layak untuk bekerja dengan beliau," kata Najwan ketika diperiska balas oleh ketua pendakwa raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Katanya, meskipun Saiful memperlihatkan kualiti kepimpinan ketika berada di universiti, tetapi dia "sangat mengharapkan perhatian."
"Saiful seorang pelajar yang aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa. Dia ada kepimpinan. Tetapi dia gila publisiti," kata Najwan.
Dia juga mendakwa bahawa Saiful ada memaparkan gambar Anwar pada laman Friendster dengan kapsyen munafiq.
Najwan menafikan gambaran karakter Saiful hanya berdasarkan andaian dan mempertahankan bahawa dia sudah lama mengenalinya.
Dia juga mendakwa gambar-gambar lama Saiful di Friendster mempunyai banyak gambar bersama menteri-menteri Barisan Nasional termasuk bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas menteri belia dan sukan Datuk Azalina Othman.
Perbicaraan akan disambung Khamis ini dengan saksi pembela yang keenam, Dr Thomas Hoogland. -TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan