Pengikut

Isnin, 3 Oktober 2011

Mantan PM hina Islam?

Kenyataan bekas PM kita Tun Mahathir dalam akhbar Sinar harian hari ini tentang isu hudud boleh dikatakan menghina Islam. Cuba anda baca kenyataan Tun Mahathir ini

“Jika mahu laksana hudud, perlu bersikap adil. Pas kata hukum ini hanya untuk orang Islam bermakna bukan Islam dikecualikan. Bagaimana hukuman akan dijalankan untuk kesalahan jenayah yang sama, contohnya apabila dua orang mencuri, yang Islam potong tangan manakala bukan Islam dipenjara, adilkah?” -Tun Mahathir.

Anda boleh baca kenyataan bekas PM di bawah ini.

BN tidak tentang hudud: Dr M

JITRA - Barisan Nasional (BN) bukan menentang pelaksanaan hukum hudud tetapi ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Malaysia didiami seratus peratus orang Islam, ia wajar dilaksanakan.

“Jika mahu laksana hudud, perlu bersikap adil. Pas kata hukum ini hanya untuk orang Islam bermakna bukan Islam dikecualikan. Bagaimana hukuman akan dijalankan untuk kesalahan jenayah yang sama, contohnya apabila dua orang mencuri, yang Islam potong tangan manakala bukan Islam dipenjara, adilkah?” katanya.

Katanya, beliau sendiri bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi perlu disesuaikan dengan situasi negara ini.

“Berapa banyak negara Islam amalkan hukum hudud? Saya pun hairan kenapa Pas terlalu menekankan isu hudud ini, seolah-olah jika tak ada hudud, bukan Islam. Sedangkan Islam hanya selepas kita ucap syahadah,” katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bertegas akan melaksanakan hudud di negara ini, jika proses pindaan Perlembagaan diluluskan Parlimen tanpa perlu menunggu Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata, “jika mereka benar-benar yakin, usul itu boleh dibawa dalam Dewan Rakyat.”

“Suruh beliau bawa usul itu dalam Dewan Rakyat, jika ramai wakil rakyat setuju, pindalah. Tetapi beliau harus ingat, perlu dapatkan sokongan dua pertiga majoriti,” katanya.

Berhubung pendirian Pas yang masih bertegas melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu, Dr Mahathir berkata, mereka sekadar berjanji kerana yakin mereka akan kalah.

“Mereka berani cakap sahaja sebab akan kalah, jadi tak perlu tunaikan janji, macam sebelum ini mereka janji masuk syurga jika sokong Pas,” katanya.-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan