Pengikut

Isnin, 10 Oktober 2011

Isu gereja: 12 Muslim Tak didakwa tapi diberi kaunseling

Sultan Selangor bertitah bahawa tiada pihak yang akan didakwa berhubung isu Gereja Methodsit Damansara Utara yang menjadi sasaran tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu ekoran dakwaan bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam.

Sebaliknya Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah Jais akan menyediakan kaunseling kepada 12 Muslim yang menghadiri majlis kesyukuran yang dianjurkan di gereja tersebut pada tarikh tersebut.

“Selepas meneliti dengan mendalam laporan disediakan oleh Jais dan selepas memperoleh nasihat daripada pihak berkuasa agama dan pakar perundangan, kami memutuskan bahawa tiada pendakwaan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan