Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

Anya Corke mungkin saman UMNO

Juara catur Hong Kong berumur 21 tahun telah mendapati dirinya di tengah-tengah kempen pencalitan politik di Malaysia, selepas gambarnya di internet digunakan untuk mengkaitkan anak lelaki seorang ahli politik dengan serangan seksual.Lahir di Amerika Syarikat dan berpendidikan di sekolah Kennedy dan West Island, Anya Corke (gambar) tidak pernah pergi ke Pulau Pinang, tidak pernah bersekolah di Malaysia dan tidak pernah bersua dengan orang yang dituduh, Marcus Lim Whai Khai, anak lelaki kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berumur 16 tahun.

Corke, seorang pelajar falsalah dan satera Russia di Wellesley College di AS terkenal sebagai empat kali juara catur Hong Kong; dia adalah seorang chess grandmaster semenjak tahun 2004.

Tetapi minggu lepas gambarnya – diambil daripada pertandingan catur di Austria, tetapi dengan papan dan buah catur disunting keluar – mula muncul dib log-blog di Malaysia dengan kata-kata yang dia tela dicabul. Bersebelahannya adalah gambar Marcus dengan kata-kata “pencabul buah dada”.

Bloger-bloger itu adalah penyokong kepada United Malays National Organisation, parti politik terbesar di negara ini yang mewakili kaum Melayu. Post-post itu mendakwa Marcus telah mencabul perempuan berusia 16 tahun di SMJK Heng He di Goergetown, Pulau Pinang, menggunakan nama bapanya untuk melepaskan diri daripada guru-gurunya dan membayar RM200,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup mulut mereka.

“Saya tidak pernah berjumpa atau mendengar siapa-siapa yang terlibat. Saya sudah tidak ke sana selama tujuh tahun dan saya bingung dengan siapa mereka kaitkan saya,” kata Corke. “Kawan saya di Malaysia menghantar mesej pada satu pagi dan memberitahu saya terlibat dengan konspirasi politik dan saya sangat terkejut. Ianya berlaku secara tiba-tiba.”

Ditanya samada dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli-ahli politik yang menimbulkan khabar angi itu, ibu Anya, Mei Sun berkata: “Sebagai ibunya, saya akan melihat pilihan yang ada untuk membelanya daripada perkara-perkara seperti ini.”

Pengetua sekolah nafi khabar angin

Pengetua sekolah Goh Boon Poh berkata khabar angin itu tidak benar dan Marcus – seorang pengawas – telah pun pindah ke sekolah lainapabila insiden yang didakwa itu berlaku.

Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa mengutuk perbuatan itu sebagai “tidak bertamadun” dan pembunuhan personaliti.

“Untuk seorang remaja sedang membesar, dikecam secara kejam sebegini di khalayak ramai adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan tidak berperi kemanusiaan,” katanya. “Kalau kamu mahu kenakan saya, buatlah kepada saya, tapi tinggalkan anak-anak saya sendirian.”

Lim, seorang ahli parti pembangkang Democratic Action Party, menuduh UMNO dan ahli politik Novandri Hasan Basri dan Khairy Jamaluddin menyebarkan khabar angin itu melalui blog dan Twitter.

Walaupun selepas Lim mengeluarkan kenyataan, Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO – masih tidak insaf, men-tweet kepada ahli DAP: “Bro, apa yang pemimpin BN dan keluarganya kena daripada pihak pembangkang lebih teruk lagi.”

- South China Morning Post/KLT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan