Pengikut

Khamis, 8 September 2011

Umno guna taktik propaganda Hitler

Media arus perdana Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels untuk memperdayakan rakyat -Badrul Hisham Shaharin.

“Sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata,” kata Menteri Propaganda Hitler Joseph Goebbels, yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie”.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa media arus perdana Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels ini untuk memperdayakan rakyat.

“Umno kini benar-benar lemas. Orang lemas akan gunakan apa juga cara untuk menyelamatkan diri walaupun kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka lakukan itu akan lebih cepat mematikan diri sendiri,” katanya dalam blog beliau semalam.

Beliau yang dikenali sebagai CheguBard berkata walaupun mereka gagal dalam propaganda palsu ini mereka tetap meneruskan penipuan umpama mencuri di siang hari.

“Contoh pertama, bayangkan pada hari raya pertama mereka sanggup membuat propaganda yang 100% tidak ada asas kebenaran malah untuk membodohkan pembaca yang majoritinya Melayu,” terang beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

Menurutnya, Utusan mencabarnya untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Jelas niat jahat Utusan untuk menggambarkan seolah-olah pendedahan itu palsu. Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudah pun dibuat pada 13 Julai lalu kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM Pulau Pinang.

Kedua katanya, dalam isu konon jemaah Surau Al Musyrikin berang kerana bantah pusat tuisyen galak murtad. Pertama sekali adakah sesiapa yang ‘sudi’ namakan surau sebagai Musyrikin (kafir – menyekutukan Allah).

“Setelah siasatan dibuat oleh beberapa pihak ternyata surau tersebut tidak wujud. Namun TV3 tak peduli dan meneruskan penipuan yang sama berulang kali.

“Malah ditampilkan seorang ‘Datuk’ sebagai pengerusi jemaah al-Musyrikin. Inilah dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu iaitu meneruskan propaganda ke arah membodohkan orang Melayu,” ujar beliau. -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan