Menurut Anwar, masih terdapat beberapa neg

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan membubarkan Dewan Rakyat seawal bulan November ini, meskipun mandatnya berlarutan sehingga Mac 2013.
Menurut Anwar, susulan mesyuarat pemimpin Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur minggu lalu, mereka bersetuju supaya semua negeri meneruskan perbincangan bagi memuktamadkan agihan kerusi.
"Kami telah arahkan semua pemimpin negeri DAP, PAS dan PKR supaya terus berunding dan memberi pandangan masing-masing kerana perbincangan masih terbuka,” katanya.
"Kami juga dapati ada kenyataan dikelaurkan tetapi saya berpendapat sentimen yang diluahkan pemimpin tidak digalakan ketika perkara itu belum lagi diselesaikan,” katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam. -Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan